Friday, April 1, 2011

Kimchi





Bahan-bahannya:
 
Kobis Cina aka Napa Cabbage (pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk
tapi pendek kerana sesuai dibuat kimchi)

1 cwn Serbuk Lada Merah
2 sb Sos Ikan
2 sb Gula pasir
1 sb halia ditumbuk
1 sb bawang putih ditumbuk
4 batang daun Bawang @ leek @ sedikit Kucai
Air secukupnya bagi menggaul semua bahan 


Caranya:

1. Pilih kobis panjang yang bersaiz gemuk tapi pendek.
2. Potong kobis kepada 4 bahagian.
3. Celup kobis dalam air sekali supaya tidak rosak.
4. Taburkan garam pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas 
    dan masukkan sedikit air tapi jangan rendam, biar selama 6 jam kerana 
    garam akan mengeluarkan air daripada kobis.
5. Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air sebanyak 3x. 
    Toskan airnya hingga kering.
6. Sementara itu,buat sos dengan mencampurkan semua bahan berikut: 
    serbuk cili + sos ikan + gula + pes halia + pes bawang putih + air. Gaul sebati.
7. Lumurkan sos pada setiap helaian kobis hingga rata. Lakukan dengan lembut 
    supaya kobis tidak patah. Potongkan daun bawang 2’ panjang dan gaulkan dengan sos.
8. Kemas semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian 
    daun yang atas sekali. Genggam sekejap supaya tiada ruang 
    udara antara celah daun.
9. Susun dalam bekas yang disteril. 
10. Ia boleh dimakan terus sebagai salad kimchi segar,@ boleh juga menjerukkan 
      kimchi dengan membiarkan kimchi dalam suhu bilik selama satu hari 
      dan kemudian simpan dalam peti sejuk.
11. Apabila hendak dimakan,keluarkan kimchi dalam kuantiti yang diperlukan 
     dengan menggunakan sudu. Kimchi ini boleh bertahan berbulan-bulan.

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...