Sunday, April 10, 2011

Roti Puri

Roti Puri

Bahan-bahannya:
1kg Tepung gandum serbaguna
100g Marjerin
3 biji Telur ayam gred A
70g Susu pekat
180g Gula halus
5g Garam
20g Yis segera
+-1000ml Air

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung gandum + yis segera ke dalam mangkuk (gaul rata)
2. Di dalam jug penyukat masukkan telur + garam + gula + susu + air.pastikan setelah semua bahan berada dalam jug sukatan bahan berada pada paras 1000ml.Larutkan semua bahan.
3. Masukkan ke dalam tepung.gaul rata.Jika menggunakan mesin pengadun,putar pada kelajuan perlahan.
4. Setelah sebati masukkan marjerin.Tukar pada kelajuan 2.Adun@uli doh hingga berkilat.
5. Keluarkan doh dari mangkuk dan bentukkan bulat.Rehatkan doh selam 30minit @hingga doh naik 2x ganda.
6. Apabila doh sudah naik 2x ganda,tumbukkan doh untuk buangkan udara.Ulikan seketika.Timbangkan doh 50g sehingga habis dan bulaat-bulatkan.
7. Rehatkan lagi selama 10 minit.Kemudian,leperkan dan dapatkan bentuk bulat.
8. Sementara itu,sediakan kuali dan masukkan minyak yang banyak.Apabila minyak suda panas masukkan roti puri yang telah dileperkan.Goreng hingga warna kuning keemasan.
9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal goreng ikan bilis atau kari daging@ayam

P/s:Roti ini perlu digoreng sekeping dalam satu masa.
 

 


No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...