Saturday, April 2, 2011

Sup Ikan Kimchi Pedas




Bahan-bahannya:
1 ekor ikan kerapu @ siakap @ ikan merah
2 mangkuk kimchi (dipotong 2inchi'-asingkan airnya)
4 keping cendawan  butang kering (rendam 1 jam dlm air)
3 batang daun bawang (potong serong)
1/2 cwn lobak putih (hiris halus)
2 keping tofu putih
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
2 sb sos ikan
2 sb serbuk cili
2 sb minyak bijan
3 sb air
3-4 cwn air
2sb minyak masak

Caranya:
1. Bersihkan ikan dan potong sederhana.
2. Kisarkan bawang putih + halia + serbuk cili + minyak bijan + air selama 1 minit.
3. Masukkan  minyak masak, tumiskan kimchi selama beberapa minit.
4. Masukkan air, pes cili yg dikisar, air kimchi dan biarkan sehingga ia mendidih. Setelah mendidih perlahankan api.
5. Masukkan ikan + cendawan butang + lobak putih + tofu. Renehkan selama 20-30 minit. Masukkan daun bawang sejurus selepas api dapur ditutup.
6. Hidangkan bersama nasi panas..=D

p/s: Pic kat atas tu ada kentang lak kan..sbb tak cukup bahan kat umah..so pandai2 la improvise sendiri...hehe. Ikut cita rasa masing2. Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...