Pages

Sunday, June 23, 2013

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita lihat bahan-bahan dan caranya.            
  

Bahannya:
12 Ketul ayam (dibersihkan dan dibilas dengan air-option kalau nak buang kulitnya)
1 Biji Bawang besar (dikisar)
2 Biji bawang kecil (dihiris)
4 Ulas bawang putih (dicincang)
2 Inci Halia (dikisar)
5 Biji Cili hijau (dikisar)
2 sk Jintan manis
2 sk Jintan putih
1 batang Kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 Biji Tomato (dipotong dadu)
4 Biji Kentang (dipotong empat)
3 sb pes Cili kering
2sk Serbuk kunyit
3 sb rempah Garam Masala
Sedikit air asam jawa (optional)
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis.Masukkan Bawang kecil + Jintan manis + Jintan putih + Kulit kayu manis + Buah pelaga + Bunga lawang.Tumis hingga naik bau,masukkan sedikit garam.
2. Kemudian masukkan Pes bawang putih + Cili hijau yang dikisar + Pes halia + Serbuk kunyit + Pes cili kering masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan Tomato yang dipotong dadu.Gaul rata dan tutupkan periuk.Biarkan selama 3-5 minit dengan api sederhana hingga tomato layu.
4. Masukkan ayam dan kentang.Gaulkan dengan bahan-bahan hingga sebati.Tutupkn periuk,masak selama 10 minit.
5. Buka penutup periuk dan masukkan air secukupnya (paras permukaan bahan- bahan yang dimasak)
6. Masukkan sedikit air asam jawa jika suka.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup periuk dan biarkan masa selama 5-10 minit.
8. Masukkan rempah masala dan gaulkan sebati.Tutupkan periuk dan masak lago 3-5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih,tosei,roti @ capati.

Selamat mencuba :)

Monday, September 24, 2012

Homemade Kuey Teow

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

 Lamanya tak menjengah ke mari.Almaklumlah sekarang sedang sibuk uruskan majlis untuk kenduri kahwin abang yang sulung..Semuanya baru nak belajar,apa yang nak diuruskan semua lah..Takpe semua tu berguna untuk rancang majlis sendiri nanti.
 Oleh kerana gian nak update resepi kat sini,saya curi-curi masa lah..hehe.Kali ini nak kongsi resepi mee kuey teow..masa belajar kat Jab. Pertanian Serdang dulu ada dapat resepi kuey teow tapi resepi yang ni tekstur mee nya lebih hampir macam yang dijual di pasaran..Saya dapat resepi ni dari kenalan yang sudi kongsi resepinya..Moga Allah murahkan rezekinya kerana kongsikan ilmu untuk kita semua..Aminnn.
 Jom cuba resepi ni..


Bahannya:
23/4 Cwn Tepung gandum
1Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur + 1 Cwn Air
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee

Caranya:
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit.Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba =)

Thursday, March 15, 2012

Sambal Ketuk "my version'

Okey nak kongsikan resepi sambal ketuk pula.Sambal ni 'my favourite' sejak kecil lagi.Dulu selalu request arwah mak buatkan bila balik bercuti.Yelah, duduk asrama bila balik kampung memang rindu air tangan mak hehe..Jom tengok resepi ni..Saya dah ubah sedikit dari resepi arwah mak..basic tetap sama cuma saya tambahkan terung.Jom semak resepi..




Bahannya:
2 biji terung sederhana besar (belah dua sapukan sedikit minyak dan taburkan sedikit garam-panggang)
4biji cili merah (panggang)
6biji cili padi (panggang)
3biji bawang merah (panggang)
2ulas bawang putih (panggang)
2 genggam ikan bilis (gorengkan hingga garing-toskan)
Garam secukup rasa


Caranya:
1.Tumbukkan semua bahan di atas hingga lumat dan sebati..Sedia untuk dihidangkan..Mudah kan? :D

Taugeh Masak Lemak Putih Dengan Ikan Pari Masin

 Assalamualaikum,hari ini saya nak kongsikan menu mudah untuk semua.Sebelum nak memasak memang pening juga kepala memikirkan menu apa lah yang nak disediakan.Rasanya orang akan hadapi dilema ini kadang-kadang kan?Setelah jenuh memikir dan tiada idea yang datang..saya pun selongkar peti sejuk..hehe habis semua sudut saya periksa.Macam-macam yang ada dalam peti sejuk kat rumah ni rupanya..abah lah ni,rajin betul beli ikan masin buat stock haha..Maka,datang idea untuk masak menu ini.Biasanya,ikan pari masin saya akan masak asam pedas,tapi kali ini,tukar selera pula.Jom semak resepi.




Bahannya:
300g Taugeh (bersihkan)
2keping tauhu 
1keping ikan pari masin (potong kecil-kecil dan rendamkan 1jam kemudian bilas dan toskan)
2biji bawang kecil (tumbuk)
2ulas bawang putih (tumbuk)
sedikit ikan bilis (tumbuk)-ikan bilis ni optional nak letak boleh,tak nak pun tak mengapa.
1biji cili merah (hiris)
250ml santan pekat
250ml air
garam jika perlu.


Caranya:
1.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk + ikan pari masin + air.Renehkan.
2.Apabila mula mendidih masukkan santan pekat + tauhu + cili merah.Renehkan menggunakan api perlahan.Rasakan dan tambahkan garam jika perlu.Kacaukan selalu supaya santan tidak pecah minyak.Biarkan selama 5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan bersama sambal ketuk dan nasi putih. :)



Friday, February 10, 2012

Kuih Cara Manis

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Rindunya dah lama tak update resepi..Oleh kerana sibuk dengan aktiviti harian dan menyediakan tempahan cup cake untuk hantaran, nak update resepi pun tak sempat.Apatah lagi baru-baru ini,satu family tak sihat..sebaik saja pulang dari KL menghadiri kursus, masing-masing jatuh sakit..bermula dgn abah,kemudian adik seterusnya diri sendiri..huhu.Walaubagaimanapun,Alhamdulillah..kini semua dah sihat semula..Okeylah mari kita tengok resepi yang mudah ini =)




Bahannya:
500g Tepung gandum
700ml Santan +100ml Air pandan (kisarkan 5helai daun pandan ambil airnya)boleh gantikan dengan pes pandan.
11/2 sudu kecil Garam halus
2 biji Telur
Gula halus untuk dimasukkan ke dalam kuih
Sedikit bijan (sangrai terlebih dahulu-goreng tanpa minyak hingga golden brown)


Caranya:
1.Masukkan Tepung gandum + Garam + Telur + Santan yang dicampur Air pandan.Gaulkan dengan menggunakan whisk hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2.Sediakan gridle,panaskan di atas dapur gunakan api sederhana.Letak acuan kuih cara @ muffin tray size kecil di atas gridle.
3.Sapukan sedikit minyak masak di dalam acuan,Apabila acuan cukup panas,tuangkan adunan ke dalam acuan.
4.Taburkan 1/2st gula halus di atas setiap kuih.Kemudian taburkan pula bijan.Tutupkan tray dengan menggunakan penutup kukus.Biar 3-5 minit.Keluarkan dari acuan,dan sejukkan seketika kerana gula halus yang cair di dalam kuih kalau tidak hati-hati boleh buat lidah melecur nanti..=)


p/s:Kali ini sy masak kuih ni gunakan dapur gas biasa,kalau nak guna oven lagi mudah..pastikan oven betul-betul panas suhunya 175-180 darjah celcius masak selama 3-5 minit.
~Selamat mencuba kalian~

Tuesday, January 31, 2012

Kerabu Kambas (bitter gourd) Bersama Epal Hijau

 Assalamualaikum..baru hari ini berkesempatan nak kongsi menu ni..Hidangan yang sihat untuk semua..okey jom semak resepinya =)




Bahannya:
4Ekor ikan kembung sederhana besar (dibakar kemudian asingkan dari tulangnya dan carik2kan isi ikan-ketepikan)
2Biji Kambas (bitter gourd)-(hiriskan kemudian gaulkan dgn 1sk garam halus.biar 15minit kemudian perah sedikit buangkan air pahitnya)
2biji Bawang besar-dihiris
2biji epal hijau- dihiris (perahkan sedikit lemon supaya epal tidak lebam)
2batang serai-dihiris
6-7biji cili padi-dihiris 
4sb kerisik
sedikit perahan limau kasturi @lemon
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:
1.Sediakan mangkuk besar.Masukkan Kambas + Epal + Bawang besar + Serai + Cili padi + Kerisik + Isi ikan kembung + Garam + Gula.
2.Gaulkan hingga sebati.Rasakan, jika kurang masam baru tambahkan sedikit lagi air perahan limau kasturi @ lemon.
3.Biarkan 15 minit baru dihidangkan bersama nasi putih panas..Bagus untuk pesakit kencing manis..macam abah saya.=) 


Selamat mencuba..

Thursday, January 26, 2012

Sekadar menjengah bertanya khabar..

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang sudi berkunjung ke sini.Sejak ketibaan tahun baru ni,makin sibuk pula dengan aktiviti harian hinggakan tiada kesempatan untuk 'update' resepi di sini.Nantilah,bila ada kesempatan saya kongsikan dengan semua ya..Apa pun,saya tetap nak ucapkan terima kasih kepada semua yang berkunjung di sini dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba mana-mana resepi yang terdapat di sini,saya izinkan.Kalau nak kongsikan dengan teman-teman lain pun saya izinkan,ilmu yang baik, sebaiknya kita sebarkan dan kongsikan bersama.Jika ada kekurangan pada mana-mana resepi di sini,saya mohon maaf pastinya kekurangan pada diri saya.Oleh itu,terima kasih yang tak terhingga sekali lagi pada semua dan selamat memasak.(^_^)~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...