Assalamualaikum,hari ini saya nak kongsikan menu mudah untuk semua.Sebelum nak memasak memang pening juga kepala memikirkan menu apa lah yang nak disediakan.Rasanya orang akan hadapi dilema ini kadang-kadang kan?Setelah jenuh memikir dan tiada idea yang datang..saya pun selongkar peti sejuk..hehe habis semua sudut saya periksa.Macam-macam yang ada dalam peti sejuk kat rumah ni rupanya..abah lah ni,rajin betul beli ikan masin buat stock haha..Maka,datang idea untuk masak menu ini.Biasanya,ikan pari masin saya akan masak asam pedas,tapi kali ini,tukar selera pula.Jom semak resepi.
Bahannya:
300g Taugeh (bersihkan)
2keping tauhu
1keping ikan pari masin (potong kecil-kecil dan rendamkan 1jam kemudian bilas dan toskan)
2biji bawang kecil (tumbuk)
2ulas bawang putih (tumbuk)
sedikit ikan bilis (tumbuk)-ikan bilis ni optional nak letak boleh,tak nak pun tak mengapa.
1biji cili merah (hiris)
250ml santan pekat
250ml air
garam jika perlu.
Caranya:
1.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk + ikan pari masin + air.Renehkan.
2.Apabila mula mendidih masukkan santan pekat + tauhu + cili merah.Renehkan menggunakan api perlahan.Rasakan dan tambahkan garam jika perlu.Kacaukan selalu supaya santan tidak pecah minyak.Biarkan selama 5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan bersama sambal ketuk dan nasi putih. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kari Ayam Masala
Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...
-
Selamat hari raya Aidiladha semua..hari ini nak kongsi resepi yang paling simple.Sebenarnya lauk ni dimasak untuk makan tengahari semalam.Ba...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lamanya tak menjengah ke mari.Almaklumlah sekarang sedang sibuk uruskan majlis untuk ke...
No comments:
Post a Comment