Tuesday, December 27, 2011

Talam Tepung

 Assalamualaikum semua.Kali ini saya nak kongsi resepi kuih talam tepung.Dahulu,masa kecil arwah mak selalu buatkan.Tiba-tiba pula rasa teringin nak makan kuih ni..apalagi saya dengan adik pun masuk dapur wat projek kuih ni bersama.Jom tengok resepi..

Bahannya:
Bahagian bawah-
60g Tepung beras (4sb)
60g Tepung gandum (4sb)
60g Tepung kastad (4sb)
500ml Santan 
500ml Air suam
150g Gula melaka
2sb Gula halus
2helai daun pandan (siat dan simpul)
4biji Telur
2sk Garam


Bahagian atas-
300g Tepung beras
1200ml santan 
2sk garam


Caranya:
Bhgn Bwh-
1.Masak Gula melaka + Air suam + Gula halus + daun pandan di dalam periuk hingga gula larut.Sejukkan.
2.Masukkan Telur + Sirap gula yang disejukkan + Tepung beras + Tepung gandum + Garam ke dalam mangkuk adunan.gaul sebati.Tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit berketul dan keluar wap.
3.Tuangkan ke dalam acuan loyang size 8'x8' yang telah disapukan sedikit minyak masak.
4.Kukuskan selama 30 minit.Pastikan penutup kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitis di atas permukaan lapisan kuih.
Bhgn Atas-
1.Masukkan Tepung beras + Santan + Garam ke dalam periuk.Sebatikan.
2.Masak adunan menggunakan api perlahan hingga adunan sedikit berketul dan agak pekat.
3.Lorekkan permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan adunan bahagian atas.
4.Kukus kuih selama 30-45minit.Sejukkan baru boleh dipotong dan dihidangkan.


Selamat mencuba =)

Thursday, December 15, 2011

Daging Masak Manis Jepun

 Assalamualaikum,maaf lama tak update resepi kat sini.Akhir-akhir ni agak sibuk menerima tempahan kuih untuk majlis kenduri jadi tak berkesempatan untuk menjengah ke sini.Okey,kali ni nak kongsi resepi lama.Mengapa saya kata lama sebab resepi ni ambil dalam koleksi buku resepi arwah mak.Kalau kertas biasanya warnanya putih,tapi kertas kat buku resepi mak dah jadi kuning..hihi boleh bayangkan buku tu dah tersimpan lama.Kebetulan minggu lepas dok menyelongkar almari mencari buku resepi masa study dulu,terjumpa buku arwah mak.Saya ni ada la satu 'penyakit' yang memang tak leh nak ubah dari dulu..suka sangat letak barang kat tempat paling 'selamat'..at least sendiri fikir tempat tu selamat..dah tu bila nak guna,cari satu rumah pun tak jumpa..Rupanya,letak tempat lain cari kat tempat lain..haha..camno den nak ubah perangai yang satu ni pun tak tau la.Bukan sekali,banyak kali lak tu benda ni jadi..huhu.Penyelesaiannya,kalau nak simpan barang inform adik biar dia pun tahu skali..tapi ada jugak kelemahannya,sebab kadang-kadang adik pun macam saya jugak..hahaha..2 x 5 je kitorang ni..Kalau siapa-siapa ada penyelesaian bagi 'penyakit' kitorang ni sila lah sarankan ye..Cukup cite pasal ni jom tengok resepi ni..ha lagi satu jangan tanya kenapa nama dia masak manis jepun sebab saya pun tak tau..kot-kot lah ada orang pernah tinggal kat jepun bertanya kann..=D


Bahannya:
500g Daging Batang Pinang (hiris nipis)
10 ulas Bwg Putih (kisar)
10 biji Bwg merah (kisar)
15 tangkai cili kering (rebuskan kemudian kisar jadikan pes cili)
1inci Halia (kisar)
2sb Lada Hitam (tumbuk kasar)
3sb Kicap manis
1sk kicap pekat
3biji Kentang (buang kulitnya dan potong 4)
2biji bwg besar (hiris)
kulit kayu manis,bunga lawang
1cwn air
Garam,gula dan cuka makan secukup rasa.
Daun sup,daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan 


Caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan minyak gorengkan bawang besar hingga kekuningan dan angkat.Kemudian gorengkan kentang separuh masak angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bwg merah + bwg putih + halia + lada hitam + pes cili  hingga garing.
3.Masukkan daging + air kemudian tutupkan kuali.Biar hingga empuk.
4.Masukkan cuka + kicap manis + kicap pekat + kulit kayu manis + bunga lawang.Apabila mendidih masukkan kentang + bawang besar yang siap digoreng tadi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan 5 minit hingga kuahnya pekat sedikit dan matikan api dapur.Taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng di atasnya untuk hiasan.


Selamat mencuba =)

Tuesday, December 6, 2011

Gulai Lemak Ikan Sepat Masin Dengan Nenas

 Selamat tengahari semua,resepi yang nak dikongsi kepada semua hari ini sebenarnya menu minggu lepas..Lewat sikit update..hihi.Okey,ini sebenarnya permintaan abah.Pelik juga bila dia balik dari pasar sambil bawa
 sebiji nenas..sebab buah nenas tak masuk dapur rumah ni sejak sekian lama.Apalagi abah memang tak boleh makan nenas.Tapi,bila dia dah beriya nak,takkan pulak kita nak larang..Orang tua-tua ni kena jaga juga hati dan kemahuan dia.Tak boleh lah nak larang itu ini,kempunan nanti kan susah.:)




Bahannya:
1/2biji Nenas (bersihkan buang kulit dan potong 1/2inci lebar)
6ekor Ikan sepat masin (potong dua dan rebus 15minit -toskan)
1biji Bawang besar (tumbuk)
1inci Kunyit hidup (tumbuk)
1sb pes cili kering
2keping Asam gelugor
500ml santan cair
300ml santan pekat
6biji cili padi
Garam secukup rasa


Caranya:
1.Masukkan bawang besar + kunyit hidup + pes cili kering + santan cair ke dalam periuk.Renehkan 15 minit menggunakan api sederhana.
2.Masukkan asam gelugor + nenas + ikan sepat masin + cili padi.
3.Apabila mula mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan.Masukkan garam jika perlu.Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Monday, December 5, 2011

Maggi Goreng Bersama 'seaweed'

 Hujung minggu cuaca pun sendu je..perut pun asyik nak makan.Adik lelaki saya suruh buatkan meggi goreng.Hurm,dah bujang-bujang pun minta kakak masakkan.Jadi inilah meggi goreng versi saya..ada masukkan seaweed baki buat sushi dulu.Resepinya seperti di bawah.




Bahannya:
4 keping Mee maggi (rebus kemudian toskan lalukan dibawah air paip yang mengalir supaya mee lebih kenyal)
1biji Bawang besar (potong dadu)
3ulas bawang putih (cincang)
1/2 bhgn Napa cabbage (potong kecil)
4biji Cili hidup (hiris)
4biji cili padi (hiris)
1sb sos tiram
1sk serbuk lada sulah
1biji telur
3keping seaweed (disiat kecil2)
Garam secukup rasa
*Kalau nak letak ayam,daging @ seafood pun boleh ikut citarasa.


Caranya:
1.Tumiskan bawang bear + bawang putih + cili hidup + cili padi hingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram + lada sulah + napa cabbage + garam.Kacau sebati.
3.Masukkan mee maggi yang telah ditoskan dan gaul rata.Pecahkan telur dan gaul rata.
4.Masukkan kepingan seaweed sejurus sebelum api dipadamkan.
5.Padamkan api dapur,sedia untuk dihidangkan.

Masalavade aka Vade

 Petang Sabtu lepas,abah minta buatkan kuih untuk dibawa ke surau.Jadual hari tu pula dah penuh dengan jemputan kenduri.Kalau beritahu awal tak apa juga..hee..abah memang camtu,suka minta last minute.Apalagi,ligat kepala otak ni fikir kuih yang senang dan cepat nak sediakan.Maka,kuih ni jadi pilihan.Jom semak resepi..=)




Bahan-bahannya:
500g Kacang dhal (rendamkan semalaman-toskan dan kisar)*saya rendam 3jam je pun dah ok.
1 biji Bawang besar (hiris)
2 ulas Bawang putih (cincang)
3 tangkai Cili kering (hiris halus)
2 tangkai Daun kari
2sk Jintan manis
1 biji Telur
2sb Tepung Gandum
1sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng 


Caranya:
1.Masukkan kacang dhal yang telah dikisar ke dalam penapis.Toskan supaya air yang berlebihan dapat dikeluarkan.
2.Ambil kanji yang tersejat dari air yang dikeluarkan tadi dan gaulkan ke dalam kacang dhal yang ditapis.
3.Masukkan kacang dhal + bawang besar + cili kering + daun kari + jintan manis + telur + tepung + serbuk kunyit + garam ke dalam mangkuk.Gaulkan sebati.Bentukkan bulat @ lonjong.
4.Panaskan kuali,masukkan minyak masak dan gorengkan hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan minyak.Sedia untuk dihidangkan.

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...