Sunday, June 23, 2013

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita lihat bahan-bahan dan caranya.            
  

Bahannya:
12 Ketul ayam (dibersihkan dan dibilas dengan air-option kalau nak buang kulitnya)
1 Biji Bawang besar (dikisar)
2 Biji bawang kecil (dihiris)
4 Ulas bawang putih (dicincang)
2 Inci Halia (dikisar)
5 Biji Cili hijau (dikisar)
2 sk Jintan manis
2 sk Jintan putih
1 batang Kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
5 biji Buah pelaga
5 Biji Tomato (dipotong dadu)
4 Biji Kentang (dipotong empat)
3 sb pes Cili kering
2sk Serbuk kunyit
3 sb rempah Garam Masala
Sedikit air asam jawa (optional)
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis.Masukkan Bawang kecil + Jintan manis + Jintan putih + Kulit kayu manis + Buah pelaga + Bunga lawang.Tumis hingga naik bau,masukkan sedikit garam.
2. Kemudian masukkan Pes bawang putih + Cili hijau yang dikisar + Pes halia + Serbuk kunyit + Pes cili kering masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan Tomato yang dipotong dadu.Gaul rata dan tutupkan periuk.Biarkan selama 3-5 minit dengan api sederhana hingga tomato layu.
4. Masukkan ayam dan kentang.Gaulkan dengan bahan-bahan hingga sebati.Tutupkn periuk,masak selama 10 minit.
5. Buka penutup periuk dan masukkan air secukupnya (paras permukaan bahan- bahan yang dimasak)
6. Masukkan sedikit air asam jawa jika suka.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup periuk dan biarkan masa selama 5-10 minit.
8. Masukkan rempah masala dan gaulkan sebati.Tutupkan periuk dan masak lago 3-5 minit dan padamkan api dapur.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih,tosei,roti @ capati.

Selamat mencuba :)

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...