Wednesday, April 13, 2011

Getuk Ubi

Getuk Ubi

Bahan-bahannya:
11/2kg Ubi kayu (dibersihkan)
11/2cwn Gula pasir
300g Kelapa parut (ambil yang putih saja)
1sb Garam

Untuk tepung salut:
150g Tepung beras
60g Tepung Gandum
50g Tepung Jagung
1sb Marjerin
1sk Serbuk kunyit
1sb Air kapur
1sk Garam
220ml Air

Caranya:

1.Masukkan ubi ke dalam periuk.Isikan air hingga melitupi ubi dan masukkan garam.Rebuskan hingga empuk
2.Apabila telah empuk angakat ubi dan toskan.Kemudian tumbuk @ lecekkan ubi.
3.Masukkan gula + kelapa.Gaulkan hinga sebati.Timbangkan 25g-30g dan bentukkan bulat seperti bebola.
4.Sementara itu,campurkan tepung beras + tepung gandum + tepung jagung + marjerin + garam + air +serbuk kunyit + air kapur.Gaulkan hingga sebati.Bagi mendapatkan tepung pencelup yang lebih licin, masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan selama 2 minit.
5.Panaskan kuali yang berisi minyak masak.Celupkan bebola ubi ke dalam tepung pencelup dan masukkan ke dalam kuali.Gorengkan hingga berwana kuning keemasan.

Sedia untuk dihidangkan sebagai hidangan minum petang.(-_*)~

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...