Friday, April 1, 2011

Nasi Lemak Kukus


Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahannya:
5cwn Beras
2biji pati Santan
3helai Daun Pandan
Secubit halba,sedikit pes halia,sedikit pes bawang putih
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Basuhkan beras,toskan dan kukus selama 20 minit (beras ½ masak)
3. Keluarkan beras dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 3-4 jam @biarkan semalaman (biar beras panjang 2x ganda)
4. Toskan beras yang direndam dan kukus lagi selama 15 minit.Keluarkan nasi yang dah masak dan masukkan santan,pes halia,pes bwg putih,halba dan garam.Gaul rata biarkan 10minit.
5. Kukuskan semula bersama daun pandan.Masak hingga nasi berderai dan santan meresap ke dalam nasi.Sedia dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ rendang.
P/s: Semasa mengukus,lubangkan dengan jari pada bahagian nasi supaya nasi masak sekata.

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...