Sunday, April 3, 2011

Pan Mee Dengan Sup Ayam


Bahan-bahannya:
Untuk sup:
6 ketul ayam
1 liter air
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 inci halia (dihiris)
11 biji fish ball
2 keping fish cake 
5 batang sawi @ bok choy
2 sb minyak masak
garam secukup rasa

Untuk doh pan mee:
2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1 sk garam

Bahan sampingan:
cili jeruk,bawang goreng dan daun sup

Caranya:

1. Tepung gandum + garam + air. Uli hingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan doh 1/2 jam.
2. Sediakan periuk, masukkan air + ayam + bawang besar + bawang putih + halia. Renehkan dengan api sederhana hingga mendidih
3. Dari masa ke semasa sendukkan keluar buih yang timbul di permukaan air rebusan. Ini untuk memastikan air rebusan yang terhasil jernih.
4. Keluarkan ketulan ayam dari sup dan hiriskan. Kemudian masukkan semula ke dalam sup.
5. Masukkan minyak masak. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake. Diikuti dengan garam.
6. Ambil doh pan mee dan leperkan seperti roti canai. Kemudian tarikkan doh nipis2 masukkan dalam sup ayam yang sedang mendidih. Lakukan hingga doh habis.
7. Masak selama 4-6 minit. Tutupkan api dapur.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama daun sup, bawang goreng dan cili jeruk.

~Selamat Mencuba~







No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...