Wednesday, April 13, 2011

Ayam Goreng Bersalut Tepung Dengan Sos Masam Manis



Bahan-bahannya:

500g dada ayam (dipotong sederhana besar)
6sb Tepung gandum
2sb Serbuk lada hitam
2sk Baking powder
2sk Garam
1biji Telur

Sos:
100g Sooh hoon
4ulas bawang putih (cincang)
1inci halia (hiris halus)
2biji oren sunkist (ambil pulpanya saja.)
4biji cili padi (dititik)
2cwn air
1/2 sk tepung jagung (larutkan dgn sedikit air)
Garam dan Gula secukup rasa.


Caranya:

1.Campurkan tepung gandum + lada hitam + garam + baking powder. Gaulkan rata.
2.Celupkan isi ayam yang telah dipotong ke dalam telur ayam yang sudah dipukul sedikit. Kemudian salutkan dengan campuran tepung dan gorengkan hingga berwarna kekuningan. Angkat dan toskan. Susun di dalam pinggan hidangan.
3.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan halia.
4.Masukkan isi oren sunkist diikuti dengan cili padi yang telah dititik.
5.Seterusnya masukkan air dan biar masak seketika. Masukkan garam dan gula.
6.Masukkan sooh hoon dan gaul rata. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung. Jangan habiskan larutan tepung jagung sekiranya sos sudah kelihatan pekat. Ini kerana sooh hoon akan menyerap air dengan segera. Bagi yang suka sos yang pekat boleh gunakan kesemua larutan tepung. Jika tidak hanya masukkan separuh sahaja.
7.Padamkan api dapur dan tuangkan ke atas ayam goreng tadi. Hidangkan segera.

p/s:Selain oren sunkist, anda juga boleh gantikan dengan lemon, mangga, nenas @ buah plum.

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...