Saturday, April 2, 2011

Gao zhi

Gao Zhi
Dumpling
untuk kulit dumpling:
3 cwn tepung gandum
11/4cwn air sejuk( msk seketul ais)
1/4sk garam
1sk baking powder
1sb shortening
1sb gula
 Filling(inti)
100g daging @ ayam kisar
1/4 potong kubis (cincang halus mcm wat coleslaw,msk dlm tapis letak 1 sk garam gaul rata dan perah airnya)
3 keping cendawan butang-cincang kecil2 @ ptg dadu
1 btg daun bwg hiris halus
1 inci halia (hiris)
1 biji bawang holland potong dadu
2 ulas bwg pth cincang halus
1sk kicap cair
1 sb sos tiram
1/2 sb minyak bijan
1 sb lada putih(klu nak pedas guna serbuk lada hitam)
sedikit garam
Caranya:
untuk inti:
tumiskan bwg putih,kemudian masuk ayam,halia,sos tiram,kicap cair,lada sulah.gaul rata,masukkan cendawan.bila air sudah hampir kering masukkan minyak bijan n garam secukup rasa.Pastikan rasa garam tidak teralu terasa kerana kubis itu sudah mempunyai rasa garam.keluarkan dari kuali msk dlm magkuk besar,gaulkan dgn kubis cincang bersama daun bawang yang dihiris halus.rasa..kalau tak cukup garam leh tambah.Inti ini akan berair sikit..disebabkan air dari kubis itu..tapi tak mengapa, kerana apabila sudah masak dalam kulit dumpling nanti dia akan jadi macam sup..sedia untuk dimasukkan dlm kulit dumpling.

untuk kulit:
Campurkan smua bhn kecuali air,gaul rata guna garfu.setelah rata masukkan air sedikit demi sedikit.uli sampai jadi doh dan doh tidak lagi melekat pada tangan.Sekiranya doh lembik tambahkan tepung sikit2.Apabila dah jadi doh rehatkan 10 minit.Gelekkan doh atas permukaan rata biar jadi memanjang kira2 lebar dia 1 inci.potong doh tadi dlm 1-11/2 inci..lebih lebar potongan lebih besar size dumpling nanti.leperkan guna dough roller biar bentuk bulat mcm buat karipap.pastikan bahagian tengah tak terlalu nipis..sbb nanti mse letak inti takut terkoyak kulit dumpling.klu xreti nak kelim..bunjut2 kan aje dia..asalkan tidak terbuka.

cara nak msk:
panaskan non stick pan,msk 1 sb minyak msk,aturkan dumpling dlm kuali tu,biar dia msk.biar selama 2 minit hingga bahagian bawah dia warna golden brown,masukan 1/2 cwn airke dalam kuali.Kemudian tutup dgn penutup.biar 3-5 minit hingga air tadi kering.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
klu chinese diorg mkn gitu je..cuma klu nak cicah sos pun leh gak.sos diorg wat gne cuka n kicap cair n sket gula.

~selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...