Monday, April 11, 2011

Gnocchi

Gnocchi

Bahan-bahannya:
3lb Kentang Russet
2cwn Tepung serbaguna
1biji Telur ayam (saiz besar)
Secubit Garam
1/2cwn Minyak masak

Cara-caranya:

1. Rebuskan kentang selama 45 minit.Kupaskan kulit ketika masih panas dan segera lecekkan.
2. Sediakan periuk yang berisi air untuk merebus gnocchi nanti.Macam buat kuih onde-onde.
3. Kemudian sediakan pula 'ice bath'-6cwn ais + 6 cwn air dalam mangkuk besar.Letakkan berdekatan dengan periuk untuk merebus tadi.
4. Buatkan lubang di tengah-tengah kentang yang siap dilecek tadi.Taburkan tepung,kemudian masukkan telur.
5. Gunakan garfu dan gaulkan rata.Uli lembut selama 4 minit,sehingga doh kering apabila disentuh.
p/s:jika doh masih melekat pada tangan taburkan lagi tepung.Tetapi jangan masukkan tepung melebihi jumlah kentang.Jika tidak gnocchi akan menjadi kenyal.
6. Gelekkan doh memanjang sehingga bersaiz 3/4 inci.Potongkan 1 inci lebar.Tekankan sedikit di atasnya dengan menggunakan garfu.Ini bagi membolehkan sos mudah melekat pada gnocchi nanti.
7. Masukkan ke dalamair yang telah mendidih tadi.Apabila gnocchi timbul,bermakna sudah masak.
8. Angkat dan masukkan ke dalam 'ice bath'.Biarkan selama beberapa minit baru ditoskan.
9. Setelah ditoskan masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan minyak masak supaya gnocchi tidak melekat.Sedia untuk digunakan sebagai pengganti spaghetti @ pasta.Gnocchi ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3-4 hari.

~Selamat mencuba~
Saya suka kan resepi ini kerana gnocchi yang dihasilkan lembut dan gebu..:)

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...