Saturday, April 23, 2011

Sushi

Sushi

Bahan-bahannya:
Kepingan nori@ roasted seaweed
1cwn Japanese rice for sushi @ beras wangi thai
2cwn Air
6sb Cuka beras
2sb Gula
2sk Garam
1biji Timun Jepun
1biji Lobak merah
2 biji Telur

Caranya:

1.Basuhkan beras hingga bersih.Masukkan dalam rice cooker bersama 2cwn air.Sukatan air bergantung pada jenis beras yang digunakan.Biar hingga masak.
2.Masukkan cuka + gula + garam dalam periuk dan masak di atas api dapur sehingga gula larut.Pastikan api perlahan untuk elakkan larutan mendidih.Apabila gula telah larut,padamkan api dapur dan biarkan sejuk.
3.Pukulkan telur dan buat telur dadar.Kemudian,potongkan telur dadar memanjang selebar 1/2'.
4.Sementara itu,potongkan timun jepun + lobak merah memanjang dan halus.
5.Apabila nasi sudah masak,masukkan ke dalam bekas kaca @plastik.Seeloknya mangkuk kayu.
6.Renjiskan larutan cuka tadi ke dalam nasi dan gaulkan rata.Anda tak perlu habiskan larutan cuka,bergantung pada citarasa masing2.Pastikan senduk yang digunakan bukan besi.Biarkan nasi sejuk.
7.Apabila nasi sudah sejuk,letakkan nori di atas sushi roller@ tikar buluh.Kemudian ratakan nasi di atas nori.Elakkan dari meletakkan nasi terlalu banyak,kerana menyukarkan proses menggulung nanti.
8.Susunkan timun jepun + telur dan lobak merah.Kalau ada bahan lain seperti tuna,telur ikan,imitation crab pun boleh susunkan kat dalam tu.Gulungkan sushi,dan padatkan.Basahkan mata pisau dengan air supaya mudah untuk memotong sushi.Sedia untuk dihidangkan.: )

P/s:Kalau nak buat california rolls,letak plastic wrap atas sushi rolls.Kemudian ratakan nasi atas plastic wrap tu.kemudian susunkan nori atas nasi diikuti dengan bahan-bahan lain.Setelah itu gulungkan..Sediakan bijan yang telah digoreng tanpa minyak dalam pinggan dan salutkan sushi yang telah digulung tadi.dengan bijan.Potongkan..Dah jadi california rolls..=D

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...