Saturday, March 19, 2011

Putri Ayu















Bahan-bahannya:

4 biji telur
300g Gula pasir (blend)
250g Tepung Gandum
250ml santan @ susu
1 sk tepung ubi
1 sk Baking powder
1 sk Pewarna Hijau
1 sk pes pandan
1 sb ovalette
Garam
Sedikit minyak
Sedikit Kelapa parut bahagian putih


Caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Sapukan minyak pada acuan, gaulkan kelapa parut putih dengan
    garam dan tepung ubi. Tekankan dalam acuan.
3. Pukulkan telur dan gula hingga kembang (warna bertukar dari kuning kepada cream).
    Masukkan ovalette. Guna high speed pukul hingga adunan kembang.
4. Masukkan pes pandan dan pewarna hijau ke dalam santan @ susu. Larutkan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan.
    Lakukan hingga habis. Akhiri dengan tepung. Gaul rata.
6. Masukkan dalam acuan,susun acuan dalam pengukus.
7. Kukuskan selama 10 minit. Alas penutup kukus dengan kain
    supaya air tidak menitis pada kuih.
8. Apabila masak keluarkan kuih dari acuan segera. Ulang step 2, lakukan
    hingga adunan habis.



No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...