Tuesday, November 29, 2011

Kuih Dadar 'special'

 Assalamualaikum semua..lamanya tak update resepi kat sini. Macam-macam berlaku sepanjang saya tak berkunjung ke blog ni. Kesihatan abah terjejas dan menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah, sekarang sudah kembali seperti sediakala. Cuma memerlukan jagaan dan perhatian yang lebih dari sudut pemakanan. Begitu pun, dia tetap berdegil nak makanan yang sepatutnya dia kurangkan. Jadi, terpaksalah kita ni berfikir panjang sebelum nak masak..hehe. Hurm..cerita pasal resepi ni, selalunya kuih dadar intinya kelapa dan manis, tapi kali ini saya tukar kepada sayur-sayuran. Almaklumlah, abah tu susah nak makan sayur..bila dah jadikan inti kuih ni habis dimakannya..kasi trick kat abah..haha. Tak nak cite panjang-panjang, jom tengok resepinya..


Bahan-bahannya:
Untuk inti:
200g Kobis bulat (dicincang halus-campurkan 1/2sk garam dan ramas2kan kemudian perahkan airnya)ketepikan.
1batang Lobak merah dihiris halus
150g Daging@Ayam dicincang halus
6keping Lobak masin (rebuskan 5minit kemudian cincang halus)
3biji Cili padi jeruk (dihiris)
1biji Bawang besar (dihiris)
3ulas Bawang putih (cincang)
1/2inci Halia (cincang)
1sk Sos tiram
1/2sk minyak bijan
Minyak untuk menumis


Untuk Kulit:
450g Tepung Gandum
1sk Serbuk kunyit
1sk Garam halus
<>600ml Air


Caranya:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah + bawang putih + halia + daging cincang + lobak masin + sos tiram. Gaul sebati.
2.Masukkan kubis + lobak merah + cili padi jeruk. Masak hingga lobak sedikit layu. Sebelum padamkan api dapur,masukkan minyak bijan dan gaulkan rata. Padamkan api dapur dan sejukkan inti.
3.Masukkan tepung gandum + serbuk kunyit + garam + air. Gaulkan menggunakan whisk, pastikan tiada ketulan tepung dan adunan mestilah licin.
4.Panaskan gridle @ non stick pan,sapukan sedikit minyak masak dan sendukkan adunan. Ratakan seperti membuat lempeng.
5.Masak di kedua-dua belah bahagian dan angkat. Sejukkan sedikit sebelum digulung dengan inti.
6.Masukkan inti pada kulit yang siap dimasak dan gulungkan. Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Enak dimakan begitu sahaja @boleh juga dihidangkan bersama sos thai. Selamat mencuba.=D

1 comment:

  1. untuk intinya boleh ditambah cendawan shiitake,sengkuang dan daun bawang..pasti lebih enak.;)

    ReplyDelete

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...