Tuesday, November 1, 2011

Pizza

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan resepi pizza pula. Hujung minggu lalu,kesempatan berkunjung ke rumah abang, saya gunakan untuk membuat pizza dan menjamu ahli keluarga yang berkumpul. Alhamdulillah,terima kasih buat alang yang bantu uli doh pizza..kembang dan gebu doh tu bila dah siap..hehe..yelah org laki ni kalau uli tepung sekejap je,size tapak tangan pun besar..senang. Jadi,kalau nak uli tepung nak buat pizza atau roti kita mintak tolong dia orang je. Baru meriah kat dapur,bila masak sama-sama.. nanti waktu makan hidangan tu, puas hati..sebab masing-masing ada sumbangkan tenaga..Ha..baru rasa air tangan sekeluarga..tambah erat hubungan satu keluarga.. Maka,lepas ni nanti apa kata bila nak cuba buat pizza ni,ajak ahli keluarga yang lain buat sama-sama..seronok tau..=)



Bahan untuk doh pizza:
500g Tepung gandum
2sk Yis segera
1sk Gula
1sk Garam
2sb minyak zaitun@vegetables shortening@marjerin
> < 1cwn air suam

Bahan untuk inti:
500g Daging cincang (dimasak dlm kuali dan keringkan airnya + 1sk lada hitam)
1biji Lada benggala  (dipotong ikut citarasa)
4biji Cendawan shiitake 
2batang Sosej (dipotong menyerong)
250g Keju mozarella @ parmesan @ feta (semua sedap..mana2 yang ada-diparut)
*Bahan untuk inti terpulang pada citarasa anda.Udang,sotong,nenas,zuchinni adalah antara pilihan bahan untuk inti pizza.Malah banyak lagi bahan lain yang sesuai dan sedap.

Bahan untuk sos:
220g Tomato puree (Kalau ada tomato yang masak ranum celurkan, buang kulit dan bijinya kemudian cincang halus)
2sk Oregano
2sk Lada hitam
1biji Bawang holland (potong dadu)
Garam secukup rasa


Caranya:
Sos-
1.Tumiskan bawang besar hinga naik bau,masukkan tomato puree @tomato yang telah dicincang.
2.Masukkan oregano + lada hitam + garam.Masak hingga sos pekat,padamkan api dapur dan sejukkan.

Inti-
1.Potong atau hiris semua bahan dan ketepikan supaya mudah untuk menyediakan pizza apabila doh naik.

Doh-
1.Tepung + yis + garam + gula + minyak zaitun @ vegetables shortening (pastikan kedudukan garam berjauhan dari yis bagi mengelakkan yis tidak mati).
2.Gunakan garfu dan gaulkan sebati + air suam.Ulikan doh hingga doh tidak melekat pada permukaan mangkuk dan kelihatan kulit doh licin.Tutupkan dengan plastic wrap.Biar 30 minit.
3.Tumbuk doh untuk buangkan angin dalam doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4.Bentukkan bulat dan leperkan menggunakan dough roller.Taburkan sedikit tepung pada permukaan tempat penyediaan supaya mudah untuk dileperkan.
5.Letak doh yang telah dileperkan di atas piring pembakar.Cucukkan dengan menggunakan garfu di bahagian untuk inti diletakkan.(macam buat pai).Bakar sekejap 10 minit.suhu 180-200 darjah celcius.
6.Sapukan sos + taburkan daging cincang + lada benggala + cendawan shiitake + parutan keju.
7.Bakar pada semula selama10 mimit.Siap untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...