Wednesday, November 9, 2011

Kuih Keria Labu

 Petang ni saya buat kuih keria labu, dapat juga update resepinya kat blog ni untuk dikongsi =). Daripada sebiji labu dapat sediakan 2 hidangan. Tengahari tadi masak lemak labu, tapi kemudian ajelah saya masukkan resepi gulai lemak labu..sekarang kita kongsi resepi kuih keria dulu. Biasanya, kuih ni orang sediakan menggunakan keledek..tapi labu pun boleh juga bezanya labu lebih halus teksturnya apabila dilecek, jadi perlu tambahkan tepung lebih. Dan satu lagi, kalau nak masukkan tepung tu jgn masukkan sekali gus, masukkan sedikit-sedikit. Sewaktu kita menguli, pasti tangan kita dapat merasa sama ada doh sudah tidak terlalu lembut dan melekit pada tangan. Maka kuih yang terhasil pun akan lembut dan tidak terlalu kenyal kerana kandungan tepung yang berlebihan. Inilah sedikit tips yang saya kongsikan untuk menyediakan hidangan ini. Selamat mencuba =D


Bahan-bahannya-
450g Labu (yang siap dikukus dan dilecek halus)
350-400g Tepung gandum
1sk Garam
50g Marjerin

Untuk sira-
50g Gula pasir
50ml Air

Caranya:
1.Campurkan labu + tepung gandum +garam + marjerin. Uli hingga doh tidak terlalu melekit pada tangan. (Tak perlu habiskan kesemua tepung jika kandungan air pada labu yang dilecek tidak banyak)
2.Sapukan sedikit minyak masak pada ke dua belah tapak tangan dan bentukkan doh bulat, leperkan dan buatkan lubang di tengahnya.
3.Apabila selesai, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Gorengkan hingga kekuningan. Sejukkan sebentar.
4.Sediakan kuali bersih. Masukkan gula + air,masak guna api sederhana. Apabila mendidih, masukkan kuih yang siap digoreng tadi. Kacau rata hingga kesemua kuih siap disira. Padamkan api dapur. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...