Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Kek Marble Oren dan Coklat

Assalamualaikum..
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi bertandang ke blog yang macam 'buku resepi' ni..bak kata adik dan abang saya lah..hehe.Jadi dia orang cadangkan supaya saya celoteh sket kat sini sebelum update resepi..Maka,mulai dari hari ini anda semua kena baca saya punya celoteh dulu ye..Kalau tak sudi baca,skip je terus tengok resepi..tak dosa pun..hihi.Kek ni dah seminggu buat,baru hari ni update resepi.=D

Bahan-bahannya:
150g Gula castor
175g Mentega
1sb Ovallete
175g Tepung naik sendiri 
1sk Baking powder
3biji Telur ayam size sederhana
1sb Perahan jus oren (kalau masukkan pulpa oren tu skali lagi sedap)
2sk Parutan kulit oren
1sb Serbuk koko (dilarutkan dengan 2sk air panas)
1sb Coklat emulco

Caranya:
1.Panaskan oven terlebih dahulu suhu 180 darjah celsius.
2.Ayakkan tepung bersama baking powder.(ketepikan)
3.Masukkan telur + gula castor + mentega pukul hingga kembang.Masukkan ovallete pukul lagi hingga adunan kembang dan kelihatan berkrim.
4.Masukkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5.Masukkan bancuhan koko + coklat emulco ke dalam satu bahagian adunan dan sebatikan.
6.Sementara itu masukkan jus oren + parutan kulit oren ke dalam adunan yang satu lagi dan sebatikan.
7.Sapukan sedikit mentega ke dalam acuan kek.
8.Masukkan adunan coklat terlebih dahulu dan seterusnya adunan oren.Kemudian,gunakan pisau @ lidi untuk hasilkan corak marble.
9.Masukkan ke dalam oven dan bakar pada selama 35-40minit.Keluarkan dari acuan dan sejukkan telebih dahulu sebelum dipotong.Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba (^-^)

Friday, April 1, 2011

KEK BATIK















Bahan-bahannya:  

4 tbsp butter
1 tin susu pekat
3-4 tbsp milo
3-4 tbsp serbuk koko
2 tsp nescafe
1 cwn air panas(utk bancuh milo,koko dan nescafe)
1 pkt biskut marie
1 sb tepung custard(bancuhkan dgn 3/4cwn air) 



Easy Cake


Easy Cake
Bahan-bahannya:
200g Tepung gandum
100g Serbuk koko
225g Gula castor
1tin Susu cair
1cwn Mentega cair @ minyak masak
1sk Soda bikarbonat.
Caranya:
1. Ayak tepung + koko + soda bikarbonat (ketepikan)
2. Pukul telur + gula hingga kembang.
3. Masukkan susu cair.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi.Gaulkan rata menggunakan whisk.
5. Seterusnya masukkan mentega cair@ minyak masak.Sebatikan adunan.
6. Masukkan ke dalam acuan (ukuran ¾’ dari paras acuan)
7. Kukuskan selama 30 minit.
P/s:Pastikan penutup kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitis di atas kek.

Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Brownies


Brownies
1/2cwn Butter
1cwn Gula pasir
2biji Telur
1sk Esen vanilla
1/3cwn Serbuk koko
1/2 cwn Tepung gandum
1/4sk Garam
1/4sk Baking powder
Bahan Frosting:
3sb Butter
3sb Serbuk koko
1sb Madu
1sk Esen vanilla
1cwn Gula castor
Caranya:
1. Cairkan ½ cawan butter(padamkan api dapur) + Masukkan gula + Telur + Esen vanilla.Pukul dengan menggunakan whisk hingga sebati.
2. Ayakkan tepung gandum + Garam + Baking powder + Koko.Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah dipukul tadi.
3. Setelah sebati masukkan ke dalam acuan pembakar.Bakar pada suhu 160-175 darjah Celsius selama 30-45 minit.
4. Untuk membuat frosting,ambil mangkuk lain masukkan Butter + koko + Madu + Esen vanilla + Gula pukul hingga kelihatan licin n berkilat .
5. Sapukan di atas brownie sebaik saja dikeluarkan dari oven.Sebaiknya ketika masih panas.Biarkan hingga sejuk baru boleh dipotong.

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...