Saturday, September 10, 2011

Rendang Ayam Cili Padi

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 16
25biji cili padi (dikisar)
3sb pes cili kering
10 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1inci kunyit hidup (ditumbuk@ dikisar halus)
2inci halia (ditumbuk@ dikisar halus)
2 inci lengkuas (ditumbuk @ dikisar halus)
5batang serai (dihiris halus)
6helai daun limau purut (dihiris halus)
3helai daun kunyit (dihiris halus)
2 keping asam keping
2biji perahan pati santan (500ml)
200g kerisik
25g gula melaka
2sb gula pasir
Garam secukup rasa
 Minyak untuk menumis

Caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan minyak masak tumiskan pes cili kering + cili padi + bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas + kunyit hidup..Tumis hingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan gaulkan rata.biarkan selama 15 minit hingga ayam separuh masak.
3.Masukkan asam keping + santan + serai + daun limau purut + daun kunyit + gaulkan sebati.
4.Seterusnya masukkan gula melaka + gula pasir + garam secukup rasa + kerisik.Kacaukan sekali sekala hingga rendang kering..Kepekatan kuah terpulang pada citarasa individu..Apabila kering,padamkan api dapur dan sedia dihidangkan bersama ketupat @ lemang.

Selamat mencuba (^-^)

Tuesday, September 6, 2011

Daging Masak Cabe Hijau

Bahan-bahannya:

250g Daging Batang Pinang (dipotong2 nipis)
2sk Air Perahan Limau nipis @ kasturi
2sk Serbuk Kunyit
2sk Serbuk Lada Sulah
6biji Cili Hijau (dikisar @ ditumbuk)
10biji Cili Padi (dikisar @ ditumbuk)
1biji Bawang Besar (dikisar @ ditumbuk)
3ulas Bawang Putih (dikisar @ ditumbuk)
1inci Halia (dikisar @ ditumbuk)
1inci Lengkuas (dititik)
3Helai daun Limau Purut (dihiris halus)
Garam dan gula secukup rasa
 10biji Tomato Hijau (dibelah dua)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:
1.Gaulkan daging + sedikit garam + serbuk kunyit + serbuk lada sulah hingga rata.Perapkan selama 15-20 minit.
2.Apabila sudah diperap,panaskan kuali dan masukkan minyak masak.Gorengkan daging hingga berwarna agak coklat,angkat dan tapiskan minyaknya.
3.Kemudian,keluarkan sebahagian minyak gorengan tadi biarkan baki dalam satu senduk untuk menumis.
4.Tumiskan Bawang besar + cili hijau + cili padi + bawang putih + halia + lengkuas.Biar hingga pecah minyak,masukkan daun limau purut + garam + gula secukup rasa.Gaulkan rata,masukkan tomato hijau dan padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

P/s:Daging boleh digantikan dengan ayam @ makanan laut seperti udang dll.Bagi makanan laut untuk bahan perapan tak perlu masukkan air perahan limau.Air perahan limau hanya dimasukkan ketika menumis sambal cili hijau.

Saturday, September 3, 2011

Rendang

Bahan-bahan:
2kg Daging Batang pinang (boleh guna ayam @ apa saja yang anda suka)
10 biji bawang merah (kisar)
4biji bawang besar (kisar)
6ulas bawang putih (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
2inci kunyit hidup(kisar)
2inci halia (kisar)
3inci lengkuas (kisar)
10 tangkai cili kering ( direbus dan dikisar menjadi pes cili)
1keping kayu manis
2kuntum bunga lawang
3 butir buah pelaga
5kuntum bunga cengkih
2keping asam keping
1mangkuk kecil air asam jawa
2biji santan
250g kerisik
5batang serai dihiris halus
5keping daun limau purut dihiris halus
2keping daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa

Caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + buah pelaga + bunga cengkih.
2.Masukkan bahan kisar bawang merah + bawang besar + bawang putih + cili padi + kunyit hidup + halia + lengkuas.Tumis hingga naik bau masukkan pes cili biarkan hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging + serai + daun limau purut + daun kunyit + santan + asam keping  + air asam jawa.
4.Masukkan garam + gula melaka secukup rasa.Apabila kuahnya kering sedikit masukkan kerisik dan masak lagi hingga kuahnya pekat mengikut citarasa anda.Selamat mencuba..








Kuih Kaswi

Bahan-bahan:
Bahan A-
300g Gula Melaka
240g Gula pasir
450ml Air
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)
Bahan B-
190g Tepung Gandum*
120g Tepung Ubi*
60g Tepung Beras*(*disatukan & diayak)
900ml Air
2cmb Air Abu (alkaline water) 
3/4 cmb Air kapur
2sb Kicap manis
2sb kicap Pekat
Bahan C-
1cwn Kelapa Parut Putih
secubit garam

Caranya:
1.Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan didihkan hingga gula larut.Matikan api dapur dan sejukkan.
2.Sediakan bahan B,campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan masukkan bahan A yang telah sejuk.Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam periuk dan masak hingga nampak nampak wap keluar dari adunan.Pastikan sentiasa dikacau adunan kaswi supaya tidak berketul.
3.Padamkan api dapur dan masukkan ke dalam loyang ukuran 8'x8' kukus selama 30-45 minit.
P/s:Balutkan penutup kukus dgn kain supaya air tidak bertakung di atas kuih semasa masak,sekiranya apabila sudah masak terdapat air pada permukaan kuih gunakan tuala bersih untuk diserapkan air yang ada.Biarkan sejuk baru dipotong2.Gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam tadi.Sedia untuk dihidangkan.

*Resepi ini kredit dari Mat Gebu@myresepi.com tapi saya telah ubah suai mengikut cara dan resepi arwah mak saya.Selamat mencuba.




Sunday, August 14, 2011

Wan tan hor

Bahan-bahannya:
*Mee
500g Kuey teow (Hor fun)
3ulas Bawang putih (dicincang halus)
2sk Kicap pekat 
2sk Kicap manis
21/2sb Sos tiram
1sk Lada sulah @ lada hitam
*Untuk kuah
200g Daging batang pinang (hiris nipis)
50g Putik jagung @ mix vegetables
100g Sawi
2 keping Tauhu putih (optional)
3ulas Bawang putih (dicincang halus)
2inci Halia (hiris halus)
2sk Lada sulah
600ml stok daging (boleh guna air biasa masukkan 2kiub daging sebagai ganti)
Garam secukup rasa
2sb Tepung jagung
2biji Telur

Caranya:
*Mee
1.Panaskan kuali,masukkan minyak dan tumiskan bawang putih.
2.Masukkan kuey teow + kicap pekat + kicap manis + sos tiram.Gaulkan rata.Masukkan lada sulah.Matikan api dapur dan angkat masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
*Untuk kuah
1.Tumiskan bawang putih + halia hingga kekuningan dan naik bau.Masukkan stok daging.
2.Masukkan daging + lada sulah + sawi + mix vegetables + putik jagung + garam.
3.Apabila mendidih,masukkan campuran tepung jagung.
4.Pukulkan telur dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih,kacaukan rata perlahan-lahan.Matikan api dapur dan tuangkan ke atas mee yang telah siap digoreng tadi.Hiaskan dengan hirisan cili hidup,daun sup dan bawang goreng.Sedia untuk dihidangkan.

*Daging boleh digantikan dengan ayam @ makanan laut seperti udang dan sotong.Begitu juga bahan sampingan seperti sayur,boleh ditambah cendawan tiram dll.

Sunday, August 7, 2011

Roti Berinti

Bahan-bahannya:
Doh:
1800g Tepung gandum serbaguna
2sk Baking powder
2sk Garam halus
2sb Gula halus
2sb Susu pekat
400ml Air
3sb Shortening

Inti:
200g Ayam (dipotong dadu)
5biji Kentang (dipotong dadu dan rebus)
3biji Bawang besar (dihiris)
2ulas Bawang putih
2sb Rempah kari + sedikit air (jadikan pes)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kuah:
300g Kacang dhal
4tangkai kacang panjang (dipotong size 2')
1sk Jintan manis
1sk Jintan Putih
1/2sk Biji sawi

1tangkai Daun kari
1biji Bawang merah (dihiris)
2ulas Bawang putih (dicincang)
1/2 sk Serbuk kunyit
1keping Asam gelugor
Garam secukup rasa

Caranya:
Doh-
1.Masukkan Tepung gandum + baking powder + Shortening ke dalam mangkuk.Gaul rata dengan menggunakan garfu.
2.Masukkan Air + Garam + Gula + Susu.Kacau hingga semua bahan larut.  
3.Kemudian,masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaulkan sebati dan uli hingga doh licin.
4.Timbangkan doh mengikut size yang diingini.Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan doh selama 1jam.

Kuah-
1.Rebuskan kacang dhal hingga empuk.
2.Jintan manis + jintan putih gorengkan tanpa minyak hingga naik bau.
3.Panaskan minyak,tumiskan jintan manis + jintan putih + biji sawi + daun kari.Masukkan hirisan bawang merah + bawang putih yang dicincang.
4.Seterusnya,masukkan serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau.
5.Masukkan kacang dhal yang telah empuk bersama-sama air rebusan kacang dhal tadi.Diikuti dengan asam gelugor dan garam.
6.Apabila kuah mendidih,masukkan kacang panjang dan biar hingga mendidih kali ke dua.Padamkan api.Sedia untuk dihidangkan.

Inti-
1.Panaskan kuali,masukkan minyak masak.Tumiskan bawang putih + 1/4 daripada hirisan bawang merah.
2.Masukkan rempah kari dan tumis hingga rempah garing.
3.Masukkan ayam dan masak seketika.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Seterusnya,masukkan kentang yang telah direbus dan gaulkan sebati.
5.Akhir sekali,masukkan baki hirisan bawang merah.Gaulkan sebati dan matikan api dapur.sejukkan sebelum dimasukkan dalam doh nanti.
6.Apabila inti sejuk,leperkan doh menggunakan doh roller,masukkan inti seperti mengisi inti pau.Kemudian,ambil doh roller dan gelekkan doh yang berisi inti hingga leper.
7.Panaskan gridle,sapukan sedikit minyak dan masak roti hingga kuning keemasan.Angkat dan sedia dihidangkan bersama kuah tadi.

~Selamat mencuba~

Monday, June 27, 2011

Serabai

Bahan-bahannya:
200g Tepung Gandum
550ml Air Suam
1/2skYis segera
1sk Garam halus
1sk Gula

Caranya:
1.Masukkan tepung gandum + gula halus + yis + garam ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan air suam dan gaul rata menggunakan whisk.Adunan tepung mestilah sedikit cair.
3.Tutupkan mangkuk dengan tuala bersih dan rehatkan adunan selama 1 jam.
4.Panaskan non-stick pan @ gridle,sapukan sedikit minyak masak.Gaulkan adunan rata,dan sendukkan ke atas kuali non-stick tadi.Biarkan sehingga lubang-lubang kecil muncul dipermukaan serabai.Angkat serabai apabila seluruh permukaan serabai dipenuhi lubang-lubang kecil dan tiada kelihatan tepung yang belum masak.
5.Sedia dihidangkan bersama pelbagai jenis kari @ sirap gula melaka.

Friday, June 24, 2011

Soft Bun

Bahan-bahannya:
1000g Tepung High Protein
150g Gula halus
30g Susu tepung
100g Marjerin
30g Yis
10g Bread Improver
20g Bread Softener
1 biji Telur
20g Garam halus
500ml Air
360g Inti (sardin@kacang merah@kaya dll)

Caranya:

1. Masukkan tepung + Gula +Garam + marjerin + yis + bread improver + bread softener + telur.Gaulkan rata.
2. Masukkan air kemudian ulikan hingga menjadi doh dan lembut.
3. Angkat dan bulatkan doh.
4.Rehatkan doh selama 10 minit.
5. Timbang mengikut sukatan.(50g)
6. Masukkan inti kedalam doh tadi.
7.Masukkan ke dalam prover selama 15 minit. (Jika tiada prover..biarkan doh naik pada suhu luar)
8.Bakar doh pada suhu 180 - 200 darjah celsius selama 15 minit.
9. Angkat dan sejukkan.Sedia untuk dihidang.

Wednesday, June 15, 2011

Bergedil Tuna

Bahan-bahannya:

6 biji kentang (dikupas kulitnya,potongkan 1/2' lebar dan gorengkan 1/2 msk)
1ekor ikan tuna sederhana besar(buangkan tulang,cincang isinya dan masak dlm periuk kecil hingga kering airnya.
3 ulas bawang putih (cincangkan halus dan gorengkan hingga kuning keemasan dan naik bau)
2 tangkai daun bawang dan daun sup (hiriskan halus)
3sb serbuk lada hitam
1/2 cwn bawang goreng
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Caranya:
1.Tumbukkan kentang yang telah digoreng tadi hingga tiada yang berketul-ketul.
2.Campurkan garam + lada hitam ke dalam isi ikan tuna yang dikeringkan airnya tadi dan gaul sebati.
3.Kemudian masukkan campuran isi tuna ke dalam bekas yang berisi kentang yang telah ditumbuk halus.
4.Seterusnya masukkan bawang goreng + bawang putih serta minyak gorengannya + daun bawang + daun sup.Gaulkan hingga sebati. ( Jika adunan kelihatan berderai,masukkan sebiji telur ayam ke dalam adunan supaya ia lembap dan mudah dibentukkan)
5.Bentukkan bergedil bulat dan leper mengikut saiz yang anda inginkan.
6.Sediakan telur ayam yang telah dipukul dan celupkan bergedil tadi ke dalamnya dan goreng hingga kekuningan.Toskan dan sedia untuk dihidangkan.

P?s:Jika tiada tuna yang segar,boleh digantikan dengan tuna di dalam tin.

Sunday, May 29, 2011

Mufin kacang merah

Bahan-bahannya:
13/4 cwn Tepung gandum serbaguna
1/3 cwn gula halus
21/2 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4cwn susu @ krimer@air soya
1biji telur
1/3 cwn butter dicairkan
1cwn inti kacang merah (bentukkan seperti guli kecil)@buah-buahan segar

Caranya:
1.Campurkan tepung + gula + baking powder + garam ke dalam mangkuk.
2.Masukkan susu+ telur + butter kedalam jug dan kacau rata.Tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
3.Gaul rata hingga adunan sebati tidak perlu terlalu dikacau adunan ini.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan.Taburkan bebola kacang merah di dalam acuan tadi.Jika menggunakan buah-buahan segar,campurkan bersama adunan baru dimasukkan ke dalam acuan.
5.Bakar di dalam oven bersuhu 205darjah celsius selama 20 minit.

Sunday, May 22, 2011

Puding soya bersama bijirin oat

Bahan-bahannya:
1000ml-1250ml Air soya(tanpa gula)
1 packet Agar-agar@halal gelatin jelly
100-150g Gula halus
2sk Esen Vanilla
1sk Garam
2sb Bijirin oat

Cara-caranya:
1.Masukkan air soya + agar-agar@halal gelatin jelly + gula + garam + esen vanilla ke dalam periuk.
2.Masak dengan menggunakan api sederhana.Kacau larutan air soya hingga agar-agar@gelatin larut.Biarkan hingga mendidih.Apabila sudah mendidih,perlahankan api dapur dan biar hingga air soya tadi mendidih untuk kali kedua.
3.Sediakan acuan.Basahkan bahagian dalam acuan dengan air.Ini bagi memudahkan puding dikeluarkan dengan mudah.
4.Padamkan api dapur.Tapiskan larutan soya tadi dengan penapis sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
5.Taburkan bijirin oat di atas permukaan pudding yang masih panas.Biarkan hingga puding sejuk dan mengeras lebih kurang 5-6 jam.Simpan didalam peti sejuk.

P/s:Air soya boleh digantikan dengan susu.Selain itu jika sukakan rasa kayu manis,boleh masukkan 2sk serbuk kayu manis ke dalam adunan puding bagi menggantikan esen vanila.sukatan gula pula,jika suka puding yang manis,masukkan kesemua jumlah gula iaitu 150g,jika tidak boleh dikurangkan.

Selamat mencuba (*_*)~

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...