Friday, February 10, 2012

Kuih Cara Manis

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Rindunya dah lama tak update resepi..Oleh kerana sibuk dengan aktiviti harian dan menyediakan tempahan cup cake untuk hantaran, nak update resepi pun tak sempat.Apatah lagi baru-baru ini,satu family tak sihat..sebaik saja pulang dari KL menghadiri kursus, masing-masing jatuh sakit..bermula dgn abah,kemudian adik seterusnya diri sendiri..huhu.Walaubagaimanapun,Alhamdulillah..kini semua dah sihat semula..Okeylah mari kita tengok resepi yang mudah ini =)




Bahannya:
500g Tepung gandum
700ml Santan +100ml Air pandan (kisarkan 5helai daun pandan ambil airnya)boleh gantikan dengan pes pandan.
11/2 sudu kecil Garam halus
2 biji Telur
Gula halus untuk dimasukkan ke dalam kuih
Sedikit bijan (sangrai terlebih dahulu-goreng tanpa minyak hingga golden brown)


Caranya:
1.Masukkan Tepung gandum + Garam + Telur + Santan yang dicampur Air pandan.Gaulkan dengan menggunakan whisk hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2.Sediakan gridle,panaskan di atas dapur gunakan api sederhana.Letak acuan kuih cara @ muffin tray size kecil di atas gridle.
3.Sapukan sedikit minyak masak di dalam acuan,Apabila acuan cukup panas,tuangkan adunan ke dalam acuan.
4.Taburkan 1/2st gula halus di atas setiap kuih.Kemudian taburkan pula bijan.Tutupkan tray dengan menggunakan penutup kukus.Biar 3-5 minit.Keluarkan dari acuan,dan sejukkan seketika kerana gula halus yang cair di dalam kuih kalau tidak hati-hati boleh buat lidah melecur nanti..=)


p/s:Kali ini sy masak kuih ni gunakan dapur gas biasa,kalau nak guna oven lagi mudah..pastikan oven betul-betul panas suhunya 175-180 darjah celcius masak selama 3-5 minit.
~Selamat mencuba kalian~

Tuesday, January 31, 2012

Kerabu Kambas (bitter gourd) Bersama Epal Hijau

 Assalamualaikum..baru hari ini berkesempatan nak kongsi menu ni..Hidangan yang sihat untuk semua..okey jom semak resepinya =)




Bahannya:
4Ekor ikan kembung sederhana besar (dibakar kemudian asingkan dari tulangnya dan carik2kan isi ikan-ketepikan)
2Biji Kambas (bitter gourd)-(hiriskan kemudian gaulkan dgn 1sk garam halus.biar 15minit kemudian perah sedikit buangkan air pahitnya)
2biji Bawang besar-dihiris
2biji epal hijau- dihiris (perahkan sedikit lemon supaya epal tidak lebam)
2batang serai-dihiris
6-7biji cili padi-dihiris 
4sb kerisik
sedikit perahan limau kasturi @lemon
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:
1.Sediakan mangkuk besar.Masukkan Kambas + Epal + Bawang besar + Serai + Cili padi + Kerisik + Isi ikan kembung + Garam + Gula.
2.Gaulkan hingga sebati.Rasakan, jika kurang masam baru tambahkan sedikit lagi air perahan limau kasturi @ lemon.
3.Biarkan 15 minit baru dihidangkan bersama nasi putih panas..Bagus untuk pesakit kencing manis..macam abah saya.=) 


Selamat mencuba..

Thursday, January 26, 2012

Sekadar menjengah bertanya khabar..

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang sudi berkunjung ke sini.Sejak ketibaan tahun baru ni,makin sibuk pula dengan aktiviti harian hinggakan tiada kesempatan untuk 'update' resepi di sini.Nantilah,bila ada kesempatan saya kongsikan dengan semua ya..Apa pun,saya tetap nak ucapkan terima kasih kepada semua yang berkunjung di sini dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba mana-mana resepi yang terdapat di sini,saya izinkan.Kalau nak kongsikan dengan teman-teman lain pun saya izinkan,ilmu yang baik, sebaiknya kita sebarkan dan kongsikan bersama.Jika ada kekurangan pada mana-mana resepi di sini,saya mohon maaf pastinya kekurangan pada diri saya.Oleh itu,terima kasih yang tak terhingga sekali lagi pada semua dan selamat memasak.(^_^)~

Tuesday, January 10, 2012

Pulut Kelapa Bersama Sambal Tumis Ikan Bilis

 Hari ini tiba-tiba datang rajin nak tanak pulut kelapa untuk sarapan.Pulut ni makan bersama sambal tumis ikan bilis memang sedap..=).Puas hati dapat makan camni pagi-pagi.Jom tengok resepi




Bahannya:
500g Beras pulut (basuh,bilas dan tapis tp kalau dapat rendam 2-3jam lg bagus..nak cepat sy skip je :D)
450ml Santan
200g Kelapa parut
1sk Garam
Air


Untuk sambal:
300g Pes Cili kering
100g Ikan bilis (goreng)
1biji Bawang besar (hiris)
2Ulas bawang putih (cincang)
1Mangkuk kecil Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Caranya:
1.Sediakan pengukus dan didihkan air.
2.Sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan.Masukkan beras pulut + air (pastikan air sama paras dengan beras pulut).Kukuskan selama 20minit.
3.Campurkan santan + garam + kelapa parut ke dalam mangkuk.Sebatikan.Apabila pulut separuh masak,tuangkan santan tadi ke dalam acuan berisi pulut.Gaul rata.Kukus lagi selama 30minit.
4.Apabila sudah masak padatkan pulut di dalam acuan supaya mudah untuk dipotong-potong nanti.Biar sejuk.
5.Panaskan kuali,masukkan minyak masak.Tumiskan pes cili kering hingga garing.
6.Masukkan Bawang besar + Bawang putih.Biar 3 minit.Masukkan ikan bilis yang siap digoreng + garam + Gula + Air asam jawa.Masak hingga sambal kering sedikit.Sedia intuk dihidangkan.















Monday, January 9, 2012

Kuih Cara Bersama Daun Bawang

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Bertemu kembali kita ditahun baru..Alhamdulillah,biarpun banyak perkara yang berlaku tapi kita masih diberi kesempatan olehNya untuk hidup dan bertemu disini..Syukur..=)
Okeylah,hari ini saya nak kongsikan resepi kuih cara..Biasanya kuih cara ni ada dua jenis iaitu yang manis dan juga berlauk.Tapi kali ini saya buat tanpa lauk..hanya taburkan hirisan daun bawang di atasnya..Sedap dimakan begitu saja atau pun dicicah bersama sos kegemaran anda..Jom tengok resepi..




Bahannya:
450g Tepung gandum
1sk Garam halus
1sk Serbuk kunyit
1sb Marjerin
300-450ml Air
1Tangkai Daun bawang (hiris)
*1biji telur (sy tak letak sebab abah perlu berpantang tp biasanya memang sy masukkan)


Caranya:
1.Masukkan tepung gandum + garam + serbuk kunyit + marjerin + Air (masuk sedikit demi sedikit supaya adunan tak terlalu cair)*masukkan telur juga.
2.Panaskan acuan,masukkan sedikit minyak masak pada setiap lubang acuan.
3.Masukkan ke dalam oven bersuhu 180 darjah celsius.Apabila acuan telah panas keluarkan dan tuangkan adunan dan taburkan daun bawang di atas kuih.masak selama 7-10 minit.bergantung pada size kuih.Apabila siap,ulang hingga adunan habis.Sedia untuk dihidangkan.=)

Tuesday, December 27, 2011

Talam Tepung

 Assalamualaikum semua.Kali ini saya nak kongsi resepi kuih talam tepung.Dahulu,masa kecil arwah mak selalu buatkan.Tiba-tiba pula rasa teringin nak makan kuih ni..apalagi saya dengan adik pun masuk dapur wat projek kuih ni bersama.Jom tengok resepi..

Bahannya:
Bahagian bawah-
60g Tepung beras (4sb)
60g Tepung gandum (4sb)
60g Tepung kastad (4sb)
500ml Santan 
500ml Air suam
150g Gula melaka
2sb Gula halus
2helai daun pandan (siat dan simpul)
4biji Telur
2sk Garam


Bahagian atas-
300g Tepung beras
1200ml santan 
2sk garam


Caranya:
Bhgn Bwh-
1.Masak Gula melaka + Air suam + Gula halus + daun pandan di dalam periuk hingga gula larut.Sejukkan.
2.Masukkan Telur + Sirap gula yang disejukkan + Tepung beras + Tepung gandum + Garam ke dalam mangkuk adunan.gaul sebati.Tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit berketul dan keluar wap.
3.Tuangkan ke dalam acuan loyang size 8'x8' yang telah disapukan sedikit minyak masak.
4.Kukuskan selama 30 minit.Pastikan penutup kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitis di atas permukaan lapisan kuih.
Bhgn Atas-
1.Masukkan Tepung beras + Santan + Garam ke dalam periuk.Sebatikan.
2.Masak adunan menggunakan api perlahan hingga adunan sedikit berketul dan agak pekat.
3.Lorekkan permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan adunan bahagian atas.
4.Kukus kuih selama 30-45minit.Sejukkan baru boleh dipotong dan dihidangkan.


Selamat mencuba =)

Thursday, December 15, 2011

Daging Masak Manis Jepun

 Assalamualaikum,maaf lama tak update resepi kat sini.Akhir-akhir ni agak sibuk menerima tempahan kuih untuk majlis kenduri jadi tak berkesempatan untuk menjengah ke sini.Okey,kali ni nak kongsi resepi lama.Mengapa saya kata lama sebab resepi ni ambil dalam koleksi buku resepi arwah mak.Kalau kertas biasanya warnanya putih,tapi kertas kat buku resepi mak dah jadi kuning..hihi boleh bayangkan buku tu dah tersimpan lama.Kebetulan minggu lepas dok menyelongkar almari mencari buku resepi masa study dulu,terjumpa buku arwah mak.Saya ni ada la satu 'penyakit' yang memang tak leh nak ubah dari dulu..suka sangat letak barang kat tempat paling 'selamat'..at least sendiri fikir tempat tu selamat..dah tu bila nak guna,cari satu rumah pun tak jumpa..Rupanya,letak tempat lain cari kat tempat lain..haha..camno den nak ubah perangai yang satu ni pun tak tau la.Bukan sekali,banyak kali lak tu benda ni jadi..huhu.Penyelesaiannya,kalau nak simpan barang inform adik biar dia pun tahu skali..tapi ada jugak kelemahannya,sebab kadang-kadang adik pun macam saya jugak..hahaha..2 x 5 je kitorang ni..Kalau siapa-siapa ada penyelesaian bagi 'penyakit' kitorang ni sila lah sarankan ye..Cukup cite pasal ni jom tengok resepi ni..ha lagi satu jangan tanya kenapa nama dia masak manis jepun sebab saya pun tak tau..kot-kot lah ada orang pernah tinggal kat jepun bertanya kann..=D


Bahannya:
500g Daging Batang Pinang (hiris nipis)
10 ulas Bwg Putih (kisar)
10 biji Bwg merah (kisar)
15 tangkai cili kering (rebuskan kemudian kisar jadikan pes cili)
1inci Halia (kisar)
2sb Lada Hitam (tumbuk kasar)
3sb Kicap manis
1sk kicap pekat
3biji Kentang (buang kulitnya dan potong 4)
2biji bwg besar (hiris)
kulit kayu manis,bunga lawang
1cwn air
Garam,gula dan cuka makan secukup rasa.
Daun sup,daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan 


Caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan minyak gorengkan bawang besar hingga kekuningan dan angkat.Kemudian gorengkan kentang separuh masak angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bwg merah + bwg putih + halia + lada hitam + pes cili  hingga garing.
3.Masukkan daging + air kemudian tutupkan kuali.Biar hingga empuk.
4.Masukkan cuka + kicap manis + kicap pekat + kulit kayu manis + bunga lawang.Apabila mendidih masukkan kentang + bawang besar yang siap digoreng tadi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan 5 minit hingga kuahnya pekat sedikit dan matikan api dapur.Taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng di atasnya untuk hiasan.


Selamat mencuba =)

Tuesday, December 6, 2011

Gulai Lemak Ikan Sepat Masin Dengan Nenas

 Selamat tengahari semua,resepi yang nak dikongsi kepada semua hari ini sebenarnya menu minggu lepas..Lewat sikit update..hihi.Okey,ini sebenarnya permintaan abah.Pelik juga bila dia balik dari pasar sambil bawa
 sebiji nenas..sebab buah nenas tak masuk dapur rumah ni sejak sekian lama.Apalagi abah memang tak boleh makan nenas.Tapi,bila dia dah beriya nak,takkan pulak kita nak larang..Orang tua-tua ni kena jaga juga hati dan kemahuan dia.Tak boleh lah nak larang itu ini,kempunan nanti kan susah.:)




Bahannya:
1/2biji Nenas (bersihkan buang kulit dan potong 1/2inci lebar)
6ekor Ikan sepat masin (potong dua dan rebus 15minit -toskan)
1biji Bawang besar (tumbuk)
1inci Kunyit hidup (tumbuk)
1sb pes cili kering
2keping Asam gelugor
500ml santan cair
300ml santan pekat
6biji cili padi
Garam secukup rasa


Caranya:
1.Masukkan bawang besar + kunyit hidup + pes cili kering + santan cair ke dalam periuk.Renehkan 15 minit menggunakan api sederhana.
2.Masukkan asam gelugor + nenas + ikan sepat masin + cili padi.
3.Apabila mula mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan.Masukkan garam jika perlu.Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Monday, December 5, 2011

Maggi Goreng Bersama 'seaweed'

 Hujung minggu cuaca pun sendu je..perut pun asyik nak makan.Adik lelaki saya suruh buatkan meggi goreng.Hurm,dah bujang-bujang pun minta kakak masakkan.Jadi inilah meggi goreng versi saya..ada masukkan seaweed baki buat sushi dulu.Resepinya seperti di bawah.




Bahannya:
4 keping Mee maggi (rebus kemudian toskan lalukan dibawah air paip yang mengalir supaya mee lebih kenyal)
1biji Bawang besar (potong dadu)
3ulas bawang putih (cincang)
1/2 bhgn Napa cabbage (potong kecil)
4biji Cili hidup (hiris)
4biji cili padi (hiris)
1sb sos tiram
1sk serbuk lada sulah
1biji telur
3keping seaweed (disiat kecil2)
Garam secukup rasa
*Kalau nak letak ayam,daging @ seafood pun boleh ikut citarasa.


Caranya:
1.Tumiskan bawang bear + bawang putih + cili hidup + cili padi hingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram + lada sulah + napa cabbage + garam.Kacau sebati.
3.Masukkan mee maggi yang telah ditoskan dan gaul rata.Pecahkan telur dan gaul rata.
4.Masukkan kepingan seaweed sejurus sebelum api dipadamkan.
5.Padamkan api dapur,sedia untuk dihidangkan.

Masalavade aka Vade

 Petang Sabtu lepas,abah minta buatkan kuih untuk dibawa ke surau.Jadual hari tu pula dah penuh dengan jemputan kenduri.Kalau beritahu awal tak apa juga..hee..abah memang camtu,suka minta last minute.Apalagi,ligat kepala otak ni fikir kuih yang senang dan cepat nak sediakan.Maka,kuih ni jadi pilihan.Jom semak resepi..=)




Bahan-bahannya:
500g Kacang dhal (rendamkan semalaman-toskan dan kisar)*saya rendam 3jam je pun dah ok.
1 biji Bawang besar (hiris)
2 ulas Bawang putih (cincang)
3 tangkai Cili kering (hiris halus)
2 tangkai Daun kari
2sk Jintan manis
1 biji Telur
2sb Tepung Gandum
1sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng 


Caranya:
1.Masukkan kacang dhal yang telah dikisar ke dalam penapis.Toskan supaya air yang berlebihan dapat dikeluarkan.
2.Ambil kanji yang tersejat dari air yang dikeluarkan tadi dan gaulkan ke dalam kacang dhal yang ditapis.
3.Masukkan kacang dhal + bawang besar + cili kering + daun kari + jintan manis + telur + tepung + serbuk kunyit + garam ke dalam mangkuk.Gaulkan sebati.Bentukkan bulat @ lonjong.
4.Panaskan kuali,masukkan minyak masak dan gorengkan hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan minyak.Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 30, 2011

Puding Coklat aka Rich Chocolate Pudding

Kali ini saya nak kongsikan resepi puding coklat yang menjadi kegemaran ramai. Resepi ni saya ambil dari website resepi dessert. Dah ubahsuai sikit..hehe..org putih punye resepi pandai-pandai je modify.. Jom tengok resepi..


Bahannya:
1/2cwn Serbuk Koko
1cwn Gula halus
1/2sk Garam
43/4cwn Susu segar full cream
4sb Tepung Jagung
1/2sk Esen Vanilla
3sb Mentega
1packet Halal gelatine @Agar2 serbuk 10-11g

Sos custard:
1cwn susu
1sb esen vanilla
31/2sb Gula halus
2biji Telur (ambil kuning sahaja-pukulkan sedikit)

Caranya:
1.Masukkan serbuk koko + Gula + susu + garam + Tepung Jagung + esen vanila + Agar-agar ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana hingga mendidih.
2.Pastikan sentiasa dikacau adunan supaya tidak hangit dibahagian bawah periuk.
3.Masukkan mentega. Kacau hingga adunan puding pekat dan berkilat.
4.Padamkan api dapur dan masukkan ke dalam acuan.Sejukkan.
5.Sediakan satu periuk kecil. Masukkan susu dan masak hingga mendidih dengan menggunakan api perlahan.
6.Masukkan gula + kuning telur + esen vanila. Kacau selalu hingga sos pekat.
7.Keluarkan puding yang telah disejukkan dari acuan. Hidangkan bersama sos custard.

*Petua bagi mengeluarkan puding dengan mudah, basahkan acuan dengan air terlebih dahulu sebelum dituangkan adunan puding. Apabila puding mengeras, ia mudah dikeluarkan nanti.

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...