Wednesday, November 30, 2011

Puding Coklat aka Rich Chocolate Pudding

Kali ini saya nak kongsikan resepi puding coklat yang menjadi kegemaran ramai. Resepi ni saya ambil dari website resepi dessert. Dah ubahsuai sikit..hehe..org putih punye resepi pandai-pandai je modify.. Jom tengok resepi..


Bahannya:
1/2cwn Serbuk Koko
1cwn Gula halus
1/2sk Garam
43/4cwn Susu segar full cream
4sb Tepung Jagung
1/2sk Esen Vanilla
3sb Mentega
1packet Halal gelatine @Agar2 serbuk 10-11g

Sos custard:
1cwn susu
1sb esen vanilla
31/2sb Gula halus
2biji Telur (ambil kuning sahaja-pukulkan sedikit)

Caranya:
1.Masukkan serbuk koko + Gula + susu + garam + Tepung Jagung + esen vanila + Agar-agar ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana hingga mendidih.
2.Pastikan sentiasa dikacau adunan supaya tidak hangit dibahagian bawah periuk.
3.Masukkan mentega. Kacau hingga adunan puding pekat dan berkilat.
4.Padamkan api dapur dan masukkan ke dalam acuan.Sejukkan.
5.Sediakan satu periuk kecil. Masukkan susu dan masak hingga mendidih dengan menggunakan api perlahan.
6.Masukkan gula + kuning telur + esen vanila. Kacau selalu hingga sos pekat.
7.Keluarkan puding yang telah disejukkan dari acuan. Hidangkan bersama sos custard.

*Petua bagi mengeluarkan puding dengan mudah, basahkan acuan dengan air terlebih dahulu sebelum dituangkan adunan puding. Apabila puding mengeras, ia mudah dikeluarkan nanti.

Tuesday, November 29, 2011

Gulai Labu Masak Lemak Putih

 Ini merupakan antara menu masakan yang menjadi kegemaran ahli keluarga saya. Biarpun ringkas tapi enak dimakan bersama sambal tumis ikan bilis. Bak kata arwah mak 'mak mertua lalu pun tak perasan'... Apalagi kalau ada ikan sepat masin goreng.. Sepinggan nasi pun tak cukup.hihi. Caranya mudah saja, jom tengok resepinya..

Bahannya:
1/2 biji Labu (buangkan kulitnya dan potong 2'lebar)
500ml santan cair
100ml santan pekat
1helai daun kunyit (disiat)
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk:
1biji Bawang besar 
3ulas bawang putih
sejemput ikan bilis


Caranya:
1.Masukkan labu + bahan-bahan yang ditumbuk + santan cair ke dalam periuk. Masak dengan menggunakan api sederhana.
2.Apabila mula mendiddih,masukkan daun kunyit + garam + santan pekat. Renehkan lagi hingga labu empuk. Kacaukan sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan..

Kuih Dadar 'special'

 Assalamualaikum semua..lamanya tak update resepi kat sini. Macam-macam berlaku sepanjang saya tak berkunjung ke blog ni. Kesihatan abah terjejas dan menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah, sekarang sudah kembali seperti sediakala. Cuma memerlukan jagaan dan perhatian yang lebih dari sudut pemakanan. Begitu pun, dia tetap berdegil nak makanan yang sepatutnya dia kurangkan. Jadi, terpaksalah kita ni berfikir panjang sebelum nak masak..hehe. Hurm..cerita pasal resepi ni, selalunya kuih dadar intinya kelapa dan manis, tapi kali ini saya tukar kepada sayur-sayuran. Almaklumlah, abah tu susah nak makan sayur..bila dah jadikan inti kuih ni habis dimakannya..kasi trick kat abah..haha. Tak nak cite panjang-panjang, jom tengok resepinya..


Bahan-bahannya:
Untuk inti:
200g Kobis bulat (dicincang halus-campurkan 1/2sk garam dan ramas2kan kemudian perahkan airnya)ketepikan.
1batang Lobak merah dihiris halus
150g Daging@Ayam dicincang halus
6keping Lobak masin (rebuskan 5minit kemudian cincang halus)
3biji Cili padi jeruk (dihiris)
1biji Bawang besar (dihiris)
3ulas Bawang putih (cincang)
1/2inci Halia (cincang)
1sk Sos tiram
1/2sk minyak bijan
Minyak untuk menumis


Untuk Kulit:
450g Tepung Gandum
1sk Serbuk kunyit
1sk Garam halus
<>600ml Air


Caranya:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah + bawang putih + halia + daging cincang + lobak masin + sos tiram. Gaul sebati.
2.Masukkan kubis + lobak merah + cili padi jeruk. Masak hingga lobak sedikit layu. Sebelum padamkan api dapur,masukkan minyak bijan dan gaulkan rata. Padamkan api dapur dan sejukkan inti.
3.Masukkan tepung gandum + serbuk kunyit + garam + air. Gaulkan menggunakan whisk, pastikan tiada ketulan tepung dan adunan mestilah licin.
4.Panaskan gridle @ non stick pan,sapukan sedikit minyak masak dan sendukkan adunan. Ratakan seperti membuat lempeng.
5.Masak di kedua-dua belah bahagian dan angkat. Sejukkan sedikit sebelum digulung dengan inti.
6.Masukkan inti pada kulit yang siap dimasak dan gulungkan. Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Enak dimakan begitu sahaja @boleh juga dihidangkan bersama sos thai. Selamat mencuba.=D

Thursday, November 10, 2011

Sup Tulang

 Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Kali ni nak update resepi sup tulang pula. Masak sup ni raya haji yang lepas tapi kongsikan resepinya lewat sebab sibuk dengan urusan lain. Resepi ini istimewa sikit sebab ada letak cili hijau. Sedap..ada rasa pedas-pedas sikit. Selamat mencuba....


Bahan-bahannya-
1kg Tulang + daging
2biji Bawang besar-kisar
4ulas Bawang putih-kisar
2inci Halia -kisar
10biji Cili padi hijau (sy guna cili padi sebab cili hijau dah habis..)-kisar
2sk Biji ketumbar (goreng tanpa minyak,kemudian kisar)
2sk Lada hitam-kisar
3biji Kentang-potong 4
1batang Lobak merah-potong ikut citarasa
1500ml Air
Bahan tumis-
kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga n bunga lawang
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Caranya:
1.Tumiskan bahan tumis. Masukkan semua bahan kisar. Tumis hingga rempah naik bau dan wangi.
2.Masukkan Tulang + daging. Biar 5minit, masukkan air. Perlahankan api dapur kepada sederhana.
3.Apabila sup mula mendidih masukkan kentang + lobak merah +garam. Renehkan lagi, guna api perlahan.
4.Sepanjang tempoh mereneh, gunakan senduk dan buangkan minyak dan buih yang timbul pada permukaan sup.
5.Masak selama 2-3 jam. Kalau nak pendekkan tempoh masak pun boleh, cuma rasa tulang yang direbus lebih lama lebih enak. Taburkan daun sup dan bawang goreng ketika menghidang. 

P/s-Gambar sy tu takde daun sup dan bawang goreng pun..hihi tak sempat dah nak letak tak sabar nak makan. =D


Wednesday, November 9, 2011

Kuih Keria Labu

 Petang ni saya buat kuih keria labu, dapat juga update resepinya kat blog ni untuk dikongsi =). Daripada sebiji labu dapat sediakan 2 hidangan. Tengahari tadi masak lemak labu, tapi kemudian ajelah saya masukkan resepi gulai lemak labu..sekarang kita kongsi resepi kuih keria dulu. Biasanya, kuih ni orang sediakan menggunakan keledek..tapi labu pun boleh juga bezanya labu lebih halus teksturnya apabila dilecek, jadi perlu tambahkan tepung lebih. Dan satu lagi, kalau nak masukkan tepung tu jgn masukkan sekali gus, masukkan sedikit-sedikit. Sewaktu kita menguli, pasti tangan kita dapat merasa sama ada doh sudah tidak terlalu lembut dan melekit pada tangan. Maka kuih yang terhasil pun akan lembut dan tidak terlalu kenyal kerana kandungan tepung yang berlebihan. Inilah sedikit tips yang saya kongsikan untuk menyediakan hidangan ini. Selamat mencuba =D


Bahan-bahannya-
450g Labu (yang siap dikukus dan dilecek halus)
350-400g Tepung gandum
1sk Garam
50g Marjerin

Untuk sira-
50g Gula pasir
50ml Air

Caranya:
1.Campurkan labu + tepung gandum +garam + marjerin. Uli hingga doh tidak terlalu melekit pada tangan. (Tak perlu habiskan kesemua tepung jika kandungan air pada labu yang dilecek tidak banyak)
2.Sapukan sedikit minyak masak pada ke dua belah tapak tangan dan bentukkan doh bulat, leperkan dan buatkan lubang di tengahnya.
3.Apabila selesai, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Gorengkan hingga kekuningan. Sejukkan sebentar.
4.Sediakan kuali bersih. Masukkan gula + air,masak guna api sederhana. Apabila mendidih, masukkan kuih yang siap digoreng tadi. Kacau rata hingga kesemua kuih siap disira. Padamkan api dapur. Sedia untuk dihidangkan

Ayam Masak Kicap Berempah Istimewa

Assalamualaikum, selamat pagi. Hari ini saya nak kongsikan resepi ayam masak kicap, cuma ada tambahan rempah supaya ada kelainan dari segi rasanya.


Bahan-bahannya:
6 ketul Ayam (Gaul dgn kunyit kunyit hidup yg ditumbuk + Garam)
1biji Bawang besar -dikisar
3ulas Bawang putih -dikisar
2inci Halia -dikisar
1inci Lengkuas -dikisar
2sb Pes cili  
2sb Kicap manis
1mangkuk kecil air Asam jawa
1batang serai dititik
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Yg Dikisar Kering- (rempah2 ini gorengkan tanpa minyak dahulu baru dimesin)
2sk Jintan Putih
21/2sk Jintan Manis
3biji Buah pelaga
2sk Lada Hitam 

Bahan Untuk Ditumis-
Kayu manis,Bunga cengkih,bunga lawang


Caranya:
1.Gorengkan ayam yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam-separuh masak. (ketepikan)
2.Tumiskan kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
3.Campurkan bahan kisar dengan pes cili + bahan yang dikisar kering. Masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang sedang ditumis.
4.Biarkan hingga naik bau dan bahan-bahan sebati + masukkan serai yang dititik.
5.Masukkan kicap manis + garam + gula secukup rasa.
6.Seterusnya,masukkan ayam + air asam jawa. Perlahankan api dapur dan biarkan hingga kuahnya pekat sedikit. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.


*Boleh dimasukkan kacang peas,kismis serta kacang gajus.



Tuesday, November 8, 2011

Rendang Ayam

 Selamat pagi semua. Oleh kerana sibuk menyambut raya, tak ada kesempatan nak update resepi kat blog ni. Okey, raya lepas saya masak rendang ayam, resepi ini sama dengan resepi rendang daging yang saya update dahulu. Takpe kan ulang tayang..hehe. :D
Bahan-bahan:
2ekor Ayam
5biji bawang merah (kisar)
6ulas bawang putih (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
2inci kunyit hidup(kisar)
2inci halia (kisar) 
2inci lengkuas (kisar)
10 tangkai cili kering ( direbus dan dikisar menjadi pes cili)
1keping kayu manis
2kuntum bunga lawang
3 butir buah pelaga
5kuntum bunga cengkih
2keping asam keping
1mangkuk kecil air asam jawa
2biji santan
250g kerisik
5batang serai dihiris halus
5keping daun limau purut dihiris halus
2keping daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa

Caranya:
1.Panaskan kuali,masukkan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + buah pelaga + bunga cengkih.
2.Masukkan bahan kisar bawang merah + bawang besar + bawang putih + cili padi + kunyit hidup + halia + lengkuas. Tumis hingga naik bau masukkan pes cili biarkan hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ayam + serai + daun limau purut + daun kunyit + santan + asam keping  + air asam jawa.
4.Masukkan garam + gula melaka secukup rasa. Apabila kuahnya kering sedikit masukkan kerisik dan masak lagi hingga kuahnya pekat mengikut citarasa anda. Selamat mencuba..

Saturday, November 5, 2011

Asam Rebus Ikan Sardin

Selamat hari raya Aidiladha semua..hari ini nak kongsi resepi yang paling simple.Sebenarnya lauk ni dimasak untuk makan tengahari semalam.Baru berkesempatan nak update kat blog..Lauk ni menjadi kegemaran adik saya,tiap kali hidangkan lauk ini berselera dia makan..Kadang-kadang lauk simple macam ni yang buka selera.Bahan-bahan pun tak banyak,senang dan mudah nak sediakannya.Kebetulan pagi semalam,abah beli ikan sardin kat pasar.Mula-mula fikir jugak nak masak apa,disebabkan sibuk buat kuih tengok jam pun dah hampir pukul 12 tengahari,apalagi terus ambil keputusan masak lauk ni..hihi..Bimbang abah balik solat Jumaat nanti makanan tak siap..Maka beginilah resepi asam rebus express saya..=P


Bahan-bahannya:
6ekor Ikan sardin (disiang dan bersihkan)
1biji Bawang merah
3ulas Bawang putih
1/2' Kunyit Hidup
1helai Daun Kunyit (Siatkan)
1sb Pes Cili kering
><500-600ml Air asam jawa
2biji Terung (potong serong)
Garam dan gula secukup rasa


Caranya:
1.Tumbukkan bawang merah + bawang putih + kunyit hidup.
2.Masukkan bahan yang siap ditumbuk ke dalam periuk + pes cili kering dan hidupkan api dapur.Gunakan api sederhana.
3.Masukkan daun kunyit + ikan + air asam jawa +garam + gula secukup rasa.
4.Apabila mendidih masukkan terung.Renehkan menggunakan api perlahan.Biar selama 5 minit.Padamkan api dapur dan sedia untuk di hidangkan.

Thursday, November 3, 2011

Pengat Keladi

 Hari ini saya nak kongsikan resepi Pengat keladi untuk semua.Saya pasti,ramai yang pernah makan dan tak kurang juga yang membuatnya sendiri kan?hehe..Iyalah,cara nak membuatnya pun mudah saja.Sebenarnya,semalam abah dah belikan bahan-bahannya,teringin nak makan lah tu..tapi oleh kerana letih saya tunda untuk membuatnya hari ini..Siap saja pengat ni tadi,dia yang pertama makan.Tersenyum saya bila melihat abah berselera makan pengat keladi tadi.Abah tu,biasanya tak kisah apa pun yang saya masakkan untuk dia dari masakan Barat,Korea,Jepun,Cina dll semua dia makan walaupun selera dia selera orang kampung..hihi..bila saya bereksperimen dengan makanan, dia jugak lah yang terpaksa menjadi 'tester' masakan saya..sori abah,anak abah ni kadang-kadang suka masak makanan yang tak pernah abah makan.So far,tak banyak 'disaster' berlaku kat dapur..haha.Cuma,bila abah dah teringinkan sesuatu,kena lah saya masakkan.Okey,jom tengok resepi pengat versi saya ni..sebab tepung untuk bubur cha cha tu saya buat sendiri..=)

Bahan-bahannya:
1kg Keladi Wangi (Buangkan kulitnya,potong dadu dan rebus hingga empuk-toskan air dan ketepikan)
11/2 ketul Gula Melaka (><75g)
75g Sagu biji (bilas dengan air dan toskan)
3helai Daun Pandan (disiat dan simpulkan)
><100g Bubur cha cha (rebus dan rendamkan dalam air sejuk-kemudian toskan)
1/2biji Kelapa parut (perahkan santan pekat-terlebih dahulu dan asingkan.Kemudian masukkan hampas kelapa ke dalam blender,masukkan 11/2cwn air kisarkan dan perahkan pati santan cair)
1sk Garam halus

Untuk doh cha cha-
100g Tepung gandum
1/4sk Garam halus
><50ml Air
Pewarna merah,kuning (ikut citarasa)

Caranya:
Untuk Doh Cha-cha:
1.Tepung gandum + Air (masukkan sedikit2) + Garam.Uli hingga menjadi doh.Pastikan doh agak kental.
2.Bahagikan kepada 3 bahagian.Titiskan pewarna pada doh dan uli lagi hingga warna sebati di dalam doh.
3.Sediakan periuk kecil berisi air kira-kira 3/4 penuh dari periuk.GUnakan api sederhana.
4.Gelekkan doh memanjang,gunakan gunting dan guntingkan doh sedikit2 ke dalam periuk tadi hingga doh habis digunting.Apabila doh timbul,tapiskan doh tadi dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk dan ketulan ais.Lakukan hingga semua doh habis.
5.Toskan tepung cha cha yang siap direndam di dalam air sejuk dan ketepikan.
6.Sediakan periuk dan masukkan santan cair + Gula melaka + Daun Pandan (masak hingga gula larut)
7.Masukkan sagu biji + keladi yang siap direbus + tepung cha-cha + garam secukup rasa.Renehkan 5 minit.
8.Akhir sekali masukkan santan pekat.Masak lagi 3-5minit.Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Bubur ini,rasanya manis-manis buah saja,kalau suka lebih manis,tambahkan 3-4sb gula halus.Senang je kan nak buat..:D

Tuesday, November 1, 2011

Pizza

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan resepi pizza pula. Hujung minggu lalu,kesempatan berkunjung ke rumah abang, saya gunakan untuk membuat pizza dan menjamu ahli keluarga yang berkumpul. Alhamdulillah,terima kasih buat alang yang bantu uli doh pizza..kembang dan gebu doh tu bila dah siap..hehe..yelah org laki ni kalau uli tepung sekejap je,size tapak tangan pun besar..senang. Jadi,kalau nak uli tepung nak buat pizza atau roti kita mintak tolong dia orang je. Baru meriah kat dapur,bila masak sama-sama.. nanti waktu makan hidangan tu, puas hati..sebab masing-masing ada sumbangkan tenaga..Ha..baru rasa air tangan sekeluarga..tambah erat hubungan satu keluarga.. Maka,lepas ni nanti apa kata bila nak cuba buat pizza ni,ajak ahli keluarga yang lain buat sama-sama..seronok tau..=)



Bahan untuk doh pizza:
500g Tepung gandum
2sk Yis segera
1sk Gula
1sk Garam
2sb minyak zaitun@vegetables shortening@marjerin
> < 1cwn air suam

Bahan untuk inti:
500g Daging cincang (dimasak dlm kuali dan keringkan airnya + 1sk lada hitam)
1biji Lada benggala  (dipotong ikut citarasa)
4biji Cendawan shiitake 
2batang Sosej (dipotong menyerong)
250g Keju mozarella @ parmesan @ feta (semua sedap..mana2 yang ada-diparut)
*Bahan untuk inti terpulang pada citarasa anda.Udang,sotong,nenas,zuchinni adalah antara pilihan bahan untuk inti pizza.Malah banyak lagi bahan lain yang sesuai dan sedap.

Bahan untuk sos:
220g Tomato puree (Kalau ada tomato yang masak ranum celurkan, buang kulit dan bijinya kemudian cincang halus)
2sk Oregano
2sk Lada hitam
1biji Bawang holland (potong dadu)
Garam secukup rasa

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...