Thursday, October 27, 2011

Kek Marble Oren dan Coklat

Assalamualaikum..
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi bertandang ke blog yang macam 'buku resepi' ni..bak kata adik dan abang saya lah..hehe.Jadi dia orang cadangkan supaya saya celoteh sket kat sini sebelum update resepi..Maka,mulai dari hari ini anda semua kena baca saya punya celoteh dulu ye..Kalau tak sudi baca,skip je terus tengok resepi..tak dosa pun..hihi.Kek ni dah seminggu buat,baru hari ni update resepi.=D

Bahan-bahannya:
150g Gula castor
175g Mentega
1sb Ovallete
175g Tepung naik sendiri 
1sk Baking powder
3biji Telur ayam size sederhana
1sb Perahan jus oren (kalau masukkan pulpa oren tu skali lagi sedap)
2sk Parutan kulit oren
1sb Serbuk koko (dilarutkan dengan 2sk air panas)
1sb Coklat emulco

Caranya:
1.Panaskan oven terlebih dahulu suhu 180 darjah celsius.
2.Ayakkan tepung bersama baking powder.(ketepikan)
3.Masukkan telur + gula castor + mentega pukul hingga kembang.Masukkan ovallete pukul lagi hingga adunan kembang dan kelihatan berkrim.
4.Masukkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5.Masukkan bancuhan koko + coklat emulco ke dalam satu bahagian adunan dan sebatikan.
6.Sementara itu masukkan jus oren + parutan kulit oren ke dalam adunan yang satu lagi dan sebatikan.
7.Sapukan sedikit mentega ke dalam acuan kek.
8.Masukkan adunan coklat terlebih dahulu dan seterusnya adunan oren.Kemudian,gunakan pisau @ lidi untuk hasilkan corak marble.
9.Masukkan ke dalam oven dan bakar pada selama 35-40minit.Keluarkan dari acuan dan sejukkan telebih dahulu sebelum dipotong.Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba (^-^)

Tuesday, October 18, 2011

Ondeh-ondeh

Bahan-bahannya:
500g Tepung pulut
2sb Tepung gandum
1sk Garam halus
><150ml Air pandan (3helai daun pandan dimesin dan ambil airnya)
Pewarna hijau
1 buku Gula melaka (di potong dadu kecil2)
1/2 biji kelapa parut (digaul bersama sedikit garam)

Caranya:
1.Campurkan tepung pulut + tepung gandum + garam halus + air (uli hingga jadi doh)
2.Titiskan beberapa titis pewarna hijau,uli doh hingga warna sekata.
3.Sediakan periuk berisi air lebih kurang 3/4 paras periuk dan didihkan.
4.Ambil sedikit doh dan masukkan gula melaka dan bentukkan seperti bebola.
5.Masukkan semua doh yang siap dibentukkan ke dalam periuk berisi air yang dididihkan tadi.Apabila doh timbul dipermukaan bermakna doh sudah masak.Angkat dan toskan.
6.Gaulkan bersama kelapa parut dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 17, 2011

Tang Yuan

Bahan-bahannya:
untuk dumpling:
2cwn Tepung pulut
1sb Gula castor
secubit Garam
200ml Air
Pewarna merah,kuning,hijau

untuk sirap:
2cwn Air
2/3cwn Gula castor
sehelai Daun pandan (siat dan simpulkan)
1/2 inci halia (hiris nipis)

Caranya:
1.Masukkan air + Gula castor + daun pandan + halia.Masak hingga sirap mendidih dan padamkan api dapur.Sejukkan.
2.Masukkan tepung pulut + gula castor + garam + air.   uli hingga jadi doh dan bahagikan kepada 3 bahagian.
3.Titiskan pewarna pada setiap doh mengikut warna yang diinginkan. 
4.Bentukkan doh seperti bebola kecil,letakkan di atas pinggan dan biarkan 20-30 minit sebelum doh di masak.Ini membolehkan doh mengeras sedikit dan mudah untuk merebus nanti.
5.Didihkan air didalam satu periuk,masukkan doh yang dibentukkan tadi mengikut warna satu persatu,masak hingga doh terapung dipermukaan.
6.Masukkan dumpling yang sudah siap dimasak ke dalam bekas berisi air + ais = supaya dumpling lebih kenyal.Toskan dan hidangkan bersama sirap yang telah disejukkan tadi.

Sunday, October 2, 2011

Nasi Pilaf 'my version' ^-^

Bahan-bahannya:
11/2 cwn beras basmathi @ beras biasa pun boleh (basuh dan tapiskan)
6 ketul ayam (goreng separuh masak dan ketepikan)
1biji Bawang holland (potong dadu)
2ulas Bawang putih (cincang halus)
1inci Halia (tumbuk halus-cincang halus pun boleh)
1cwn Mix vegetables
2sb rempah campuran (1.5sk-jintan manis,1sk-jintan putih,2kuntum-bunga lawang,4biji-buah pelaga,1batang-kayu manis,5biji-bunga cengkih,1.5sk-lada hitam,2sk biji ketumbar -tumbuk hingga halus untuk hasilkan rempah campuran ini )
2helai Daun pandan
1sb Marjerin @ butter + 1sk minyak masak (untuk menumis)
21/4cwn Air
Garam secukup rasa

Caranya:
1.Sediakan periuk tanah,masukkan marjerin@butter + minyak masak.Tumiskan bawang holland + bawang putih + halia + rempah campuran hingga naik bau.
2.Masukkan daun pandan + mix vegetables +  beras.Gaulkan sebati,biarkan 3 minit.
3.Masukkan air + ayam yang telah digoreng + garam secukup rasa.Tutupkan periuk dan masak menggunakan api sederhana.Kacaukan nasi sesekali supaya tidak berkerak.Padamkan api dapur apabila nasi sudah masak.
Sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba ^_^

Acar Timun

Bahannya:
2 biji Timun (dibuangkan kulitnya)
1biji Bawang holland (dihiris)
1biji cili hidup (buangkan bijinya dan hiris halus)

2sb Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1sb Bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit perahan air limau (jika tiada boleh gantikan dgn cuka masakan)
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:
1.Potongkan timun mengikut citarasa anda.Masukkan ke dalam magkuk.
2.Masukkan bawang holland + hirisan cili hidup + kacang tanah + bijan + perahan air limau  + garam + gula.Gaulkan semua hingga sebati.Biarkan selama 15 minit baru dihidangkan.

Kari Ayam Masala

 Assalamualaikum,salam sejahtera semua.Alhamdulillah,kali ni saya nak kongsikan resepi dari India Selatan iaitu Kari Ayam Masala..Jom kita...